Khamis, 21 Jun 2012

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Mubarak dibantu alat pernafasan

Posted: 20 Jun 2012 01:37 PM PDT

Dunia

Hosni Mubarak

Hosni Mubarak

Bekas pemimpin Mesir kena serangan angin ahmar, darah beku di otak

KAHERAH: Bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak memerlukan bantuan alat pernafasan semalam dan keadaannya dilaporkan semakin tenat di hospital.

Pegawai tentera Mesir menafikan laporan awal bahawa bekas pemimpin itu 'mati klinikal', merujuk kepada keadaan peredaran darah, pernafasan tidak lagi berfungsi dan aktiviti bahagian otak juga berhenti.

Berita Mubarak semakin tenat disiarkan ketika Mesir mengakhiri pilihan raya presiden pusingan kedua dan menghadapi detik 48 jam yang kritikal, kata akhbar Al-Ahram.

Awalnya, agensi berita rasmi Mesir, MENA, memetik sumber perubatan sebagai berkata, bekas pemimpin itu sudah 'mati klinikal.'

Tetapi, sumber lain dalam tentera dan agensi keselamatan berkata, Mubarak, 84, masih hidup dan menolak takrifan 'mati klinikal' ketika menjelaskan keadaannya.

Seorang anggota Majlis Tentera yang memerintah, Jeneral Said Abbas, memberitahu agensi berita bahawa Mubarak kena serangan jantung tetapi turut menekankan: "Sebarang kenyataan beliau 'mati klinikal' adalah karut."

Satu lagi sumber tentera memberitahu: "Beliau sudah tidak lagi sedarkan diri. Mubarak menggunakan bantuan alat pernafasan."
Seorang lagi anggota Majlis Tentera, Jeneral Mamdouh Shaheen, memberitahu Cable News Network (CNN): "Beliau belum dalam keadaan mati klinikal seperti dilaporkan tetapi kesihatannya semakin teruk dan keadaannya kritikal."

MENA awalnya memetik sumber perubatan sebagai berkata bahawa Mubarak ditakrifkan mati klinikal selepas jantungnya berhenti berdenyut dan tidak dapat disedarkan.

Bagaimanapun, tidak lama selepas itu, agensi berkenaan berkata, satu pasukan perubatan cuba merawat darah beku di bahagian otak Mubarak.

Sumber keselamatan berkata, Mubarak dihantar ke hospital Maadi dari penjara Tora kelmarin sejak dihukum penjara seumur hidup pada 2 Jun lalu.

Berita Mubarak semakin tenat disiarkan ketika Mesir mengakhiri pilihan raya presiden pusingan kedua dan menghadapi detik 48 jam yang kritikal, kata akhbar Al-Ahram.

Awal Isnin lalu, Ikhwanul Muslimin menyatakan, calonnya Mohamed Morsi adalah pemenang dan menunjukkan salinan keputusan undi keesokannya.

Tetapi, lawan Morsi yang juga bekas Perdana Menteri, Ahmed Shafiq, turut mendakwa menang dan jentera kempennya menuduh Ikhwan memberi angka palsu serta percaya keputusan rasmi hari ini akan mengumumkan beliau sebagai pemimpin baru. – Reuters/AFP


Pengasas WikiLeaks mohon suaka politik Ecuador

Posted: 20 Jun 2012 01:35 PM PDT

Dunia

LONDON: Pengasas WikiLeaks, Julian Assange, kelmarin memasuki Kedutaan Ecuador di London dan memohon suaka politik dalam usahanya mengelak diekstradisi ke Sweden berhubung dakwaan melakukan jenayah seks.

Bekas penggodam komputer yang kehabisan jalan mengatasi menentang ekstradisi itu minggu lalu, berada di kedutaan berkenaan di tengah London dan Quito sedang meneliti permintaannya.

Kementerian Luar Britain berkata, Assange tidak boleh ditahan polis kerana berada dalam kawasan diplomatik, tetapi ia meminta kerjasama pihak berkuasa Ecuador menyelesaikan masalah itu secepat mungkin. Assange akan kekal di kedutaan itu di bawah perlindungan kerajaan Ecuador ketika permohonannya dipertimbangkan.

"Keputusan mengenai permohonan Assange mendapatkan suaka tidak boleh dianggap sebagai campur tangan Kerajaan Ecuador dalam proses perundangan sama ada di England atau Sweden," kata kedutaan itu dalam satu kenyataan.

Perdana Menteri Australia, Julia Gillard, pula berkata negaranya akan terus menawarkan bantuan konsular kepada Assange.

"Australia akan terus menyokong Assaneg seperti kami sokong mana-mana rakyat Australia di luar negara yang berdepan dengan kesukaran perundangan atau dilema," kata Gillard kepada wartawan selepas persidangan Kumpulan 20 di Mexico.
Assange mengesahkan memohon untuk mendapatkan perlindungan dan suaka politik serta meluahkan penghargaan kepada duta Ecuador dan kerajaan negara itu kerana menimbang permohonannya.

Di QUITO, Menteri Luar Ecuador, Ricardo Patino, berkata: "Julian Assange memohon suaka politik di misi diplomatik Ecuador di London. Kerajaan meneliti permohonan itu."

Kedutaan kemudian mengesahkan ia akan meneliti pandangan Britain, Sweden dan Amerika Syarikat berhubung perkara itu dalam memastikan undang-undang antarabangsa dipatuhi. – AFP


Tiada ulasan:

Catat Ulasan