Selasa, 19 Jun 2012

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Penagih juntai anak

Posted: 18 Jun 2012 11:48 AM PDT

BEIJING: Seorang lelaki semalam, menjuntaikan anak perempuannya berusia tiga tahun di tingkap tingkat enam di blok apartmen mereka, selepas bertengkar dengan isterinya.

Lelaki itu membuka tingkap rumah pangsa yang baru diduduki dan duduk di birai dengan hanya memegang pergelangan tangan budak kecil itu.

Kanak-kanak kecil itu dapat dilihat cuba memeluk lutut bapanya dan menjerit ketakutan.

Saksi berkata, sesekali dia menyokong tubuh anaknya dengan kakinya tetapi dia lebih banyak memegang dengan sebelah tangan saja.


Ibu kanak-kanak itu boleh didengar menjerit dari dalam rumah dan merayunya membawa kanak-kanak itu kembali ke dalam.


Jiran menelefon perkhidmatan kecemasan yang meletakkan tilam angin di bawah sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya kanak-kanak itu terjatuh.

Anggota polis menyerbu flat itu dan mula berunding dengan lelaki berkenaan.

Selepas dia enggan membawa masuk kanak-kanak perempuan itu ke dalam, mereka terus menerpa ke arah lelaki itu dan menarik kanak-kanak perempuan itu ke tempat selamat.

Kanak-kanak itu dipercayai tidak cedera selepas kejadian itu.

Polis menahan lelaki itu yang dikatakan bertengkar dengan ibu kanak-kanak itu dan khayal kerana mengambil dadah. - DM


Remaja mangsa buli bunuh diri

Posted: 18 Jun 2012 11:46 AM PDT

MANCHESTER: Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun membunuh diri setelah menjadi mangsa pembuli, dakwa kawan-kawannya, semalam.

Jade Stringer dari Bury, Greater Manchester, mati Sabtu lalu, enam hari selepas ditemui tidak sedarkan diri di dalam bilik oleh bapanya, David.

Walaupun cuba untuk dipulihkan, gadis itu tidak langsung sedarkan diri.

Dia dihantar ke Hospital Besar Fairfield pada 10 Jun lalu di mana dia meninggal dunia selepas satu minggu menggunakan bantuan mesin pernafasan.


Rakan remaja itu yang bersekolah di Sekolah Tinggi Haslingden dekat Rossendale, Lancs, mendakwa dia dibuli.


Penghormatan yang diletak di Twitter dan Facebook berkata, dia adalah mangsa buli.

Seorang pelajar menulis, "Dia dibuli oleh beberapa orang."

Chelsea Lazaruik berkata, "Semoga tenang Jade Stringer. Anda tidak sepatutnya mati seperti ini, membuli memang teruk tetapi anda tetap cantik di setiap sisi. Tidur dengan tenang xxx"

Vanessa Nuttall berkata, "Kenapa orang suka membuli seseorang itu sedangkan ia perbuatan sangat teruk."

Ada juga laporan mengatakan dia bertengkar dengan bapanya selepas telefon bimbitnya diambil darinya.

Polis berkata, mereka tidak menyiasat kematiannya sebagai mencurigakan dan sedang "mengkaji keadaan" yang menyebabkan insiden itu.

Jurucakap Polis Greater Manchester berkata," Tidak lama selepas 3.35 petang pada Ahad 10 Jun, polis dipanggil oleh paramedik untuk datang ke rumah di Jalan Bolton di Hawkshaw Edenfield, selepas seorang remaja perempuan berusia 14 tahun dilaporkan dijumpai tidak sedarkan diri.

"Kematian ini tidak dianggap sebagai mencurigakan dan kami tidak akan mencari sesiapa yang mempunyai kaitan dengan kejadian itu.

"Tetapi, polis mengkaji keadaan yang menyebabkan kejadian ini berlaku." -DM


Tiada ulasan:

Catat Ulasan