Harian Metro: Global |
Ibu biar anak cacat kebulur di rumah Posted: 12 Jun 2012 10:45 AM PDT CHICAGO: Seorang remaja perempuan yang menderita penyakit palsi serebrum (cerebral palsy) ditemui terbiar dan diabai ibunya sebelum dikejarkan ke hospital, lapor media semalam. Dengan berat hanya kira-kira 10.5 kilogram, Darlene Armstrong tidak mampu berjalan atau bercakap akibat penyakit itu.
Siasatan akhbar Chicago Tribune menunjukkan, Darlene boleh diselamatkan empat bulan lalu jika Jabatan Perkhidmatan Kanak-kanak dan Keluarga (DCFS) Illinois mematuhi prosedur sepatutnya.
Doktor di Hospital Kanak-kanak Comer berkata, Darlene menderita kebuluran untuk tempoh lama.
Gambar Darlene di hospital selepas baru diselamatkan diperoleh media melalui pegawai penguat kuasa dan siasatan dijalankan bagi mengetahui bagaimana kakitangan perkhidmatan sosial menjalankan tugas mereka.
|
Singapore Airlines tawar suite mewah Posted: 12 Jun 2012 09:55 AM PDT SINGAPURA: Pelbagai masalah yang sering dialami penumpang yang menaiki penerbangan jarak jauh bakal dapat diatasi apabila syarikat Singapore Airlines memperkenalkan suite peribadi mewah dalam pesawat A380 miliknya. Namun, untuk membolehkan ia dapat dinikmati, anda perlukan dana secukupnya.
Dengan tiket semahal itu, penumpang diberi kabin sendiri yang dilengkapi tirai tingkap serta pintu gelungsur bagi memastikan privasi.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan