Harian Metro: Global |
Sambutan Jubli Intan Ratu Elizabeth meriah Posted: 05 Jun 2012 01:00 PM PDT LONDON: Ratu Elizabeth II menghadiri hari terakhir sambutan Jubli Intan untuknya semalam, tetapi tanpa ditemani suaminya, Putera Philip selepas dia dimasukkan ke hospital. Pemimpin politik, duta asing dan keluarga diraja menyertai ratu untuk upacara keagamaan di gereja St Paul sejurus sebelum perarakan kereta kuda pada keraian hari keempat menandakan 60 tahun dia memegang tampuk pemerintahan. Namun, Philip, 90 yang dibawa ke hospital akibat jangkitan pundi kencing beberapa jam sebelum konsert pop kelmarin di luar Istana Buckingham tidak hadir di sisinya di gereja itu.
Ketua biskop Canterbury, Rowan Williams dan pemimpin dunia Kristian, memberi penghormatan kepada Philip begitu juga dengan keluarga diraja dalam ucapannya.
Isteri William, Catherine memakai baju berenda yang direka Alexander McQueen dan topi pula rekaan Jane Taylor.
Anggota keluarga akan berada di balkoni Istana Buckingham untuk menyaksikan pertunjukan udara tentera udara diraja sebelum ratu menyampaikan ucapan terima kasih yang di siarkan di televisyen.
|
Posted: 05 Jun 2012 12:56 PM PDT JAKARTA: Penyaman udara di Istana Negara dikurangkan sedikit. Beberapa pekerja bekerja dalam bilik yang malap petang semalam kerana cahaya matahari tidak begitu menembusi tingkap yang tinggi, kerana penjawat awam tidak dibenarkan menghidupkan lampu di waktu siang. Ia sebenarnya babak ulangan dari tujuh tahun lalu apabila Presiden Susilo Bambang Yudhoyono mula-mula bertegas untuk menjimatkan tenaga sebagai menyokong keputusan kerajaan untuk mengurangkan subsidi bahan api.
Minggu lalu, Susilo mengeluarkan arahan yang sama kerana isu subsidi bahan api. Jurucakapnya, Julian Aldrin Pasha berkata, semua alat penyaman udara di dalam kompleks itu diletakkan pada tahap 25 darjah Celsius berbanding tahap biasa antara 16 dan 17 darjah, sebagai sebahagian kempen menjimatkan tenaga seluruh negara yang dimulakan oleh Susilo.
Tetapi Presiden dan beberapa anggota Kabinet, masih lagi memakai sut rasmi ketika upacara pelantikan anggota Suruhanjaya Polis Negara yang baru, semalam. Tapi, kali ini enjin dan penyaman udara kenderaan rasmi tidak dibiarkan hidup. Seorang pemandu menteri berkata, "Saya diberitahu tidak buat begitu lagi. Sekarang, kami hanya dibenarkan menghidupkan penyaman udara beberapa minit sebelum ketua saya datang untuk betulkan suhu dalam kereta." Susilo juga menggunakan dasar pencahayaan yang ketat untuk Istana Negara. "Sekiranya anda berjalan-jalan di kompleks ini, anda akan perasan hanya beberapa lampu dipasang," katanya kepada Agensi Audit Agung ketika mesyuarat di pejabatnya, Rabu lalu. Apabila hari berkerja tamat, kakitangan kini diarahkan untuk segera meninggalkan pejabat dan mereka tidak digalakkan membuat kerja lebih masa. - Jakarta Post |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan