Isnin, 25 Jun 2012

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Presiden baru Mesir mula tugas

Posted: 25 Jun 2012 02:56 PM PDT

Dunia

MOHAMED Morsi (kiri) menunggu di Ibu Pejabat Televisyen Mesir sebelum siaran langsung ke seluruh negara, semalam.

MOHAMED Morsi (kiri) menunggu di Ibu Pejabat Televisyen Mesir sebelum siaran langsung ke seluruh negara, semalam.

KAHERAH: Presiden Mesir yang baru dilantik, Mohammed Morsi berpindah ke pejabat yang pernah diduduki pemimpin yang digulingkan, Hosni Mubarak untuk memulakan rundingan mengenai pembentukan pasukannya dan sebuah kerajaan baru, kata seorang pembantu.

Morsi kelmarin, diisytiharkan pemenang pertama pilihan raya bebas presiden Mesir dalam sejarah modennya, berikutan pertandingan sengit dengan Perdana Menteri di bawah Mubarak, Ahmed Shafiq.

Kebanyakan mereka yang menyokong Morsi menganggap beliau sebagai wakil kebangkitan yang menumbangkan rejim lama dan satu peluang untuk mencabar tentera. Kemenangan Morsi, presiden awam pertama untuk mengambil alih jawatan tertinggi negara itu adalah pencapaian terbaik bagi kumpulan Islam yang bertahan bagi lapan dekad disasarkan oleh rejim.

Beliau berikrar akan menjadi 'presiden untuk semua rakyat Mesir."

Sementara itu, pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah semalam mengucapkan tahniah kepada Mohamed Morsi berikutan kemenangan beliau dalam pilihan raya presiden Mesir, lapor agensi berita SPA.

"Kami menghargai pilihan ini dan berharap Tuhan akan memberikan kejayaan dan membimbing anda mengikut ajaran Islam dan berkhidmat untuk Mesir dan rakyatnya," kata laporan yang memetik raja itu.
Lima negara Teluk lain, Emiriah Arab Bersatu, Kuwait, Bahrain, Oman dan Qatar turut menyambut baik kemenangan Morsi selepas pengumuman kemenangannya.

Presiden Barack Obama turut mengucapkan tahniah kepada Mesir atas kemenangan Mohamed Morsi melalui satu panggilan telefon kelmarin dan berikrar sokongan Amerika Syarikat terhadap perubahan Mesir ke arah demokrasi, kata White House.

"Beliau menekankan kepentingan untuk bekerjasama dengan Presiden Morsi yang baru dilantik atas dasar saling menghormati, berkongsi kepentingan antara Mesir dan Amerika Syarikat," kata White House.

Obama juga menggesa Ahmed Shafiq, calon yang tewas dalam pilihan raya presiden 16-17 Jun lalu dan menggalakkan bekas perdana menteri itu meneruskan peranan dalam politik Mesir dengan menyokong proses demokrasi dan bekerja sama untuk penyatuan negara.

Bagaimanapun Israel menyatakan kebimbangan Morsi dipilih sebagai presiden Mesir, di mana media dan pegawai memberi amaran mengenai kesukaran terhadap realiti baru itu.

Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu mengeluarkan satu kenyataan berhati-hati selepas Morsi diumumkan sebagai perdana menteri yang baru dilantik secara demokrasi.

"Israel menghargai proses demokratik di Mesir dan menghormati keputusan pilihan raya presiden," kata pejabatnya dalam satu kenyataan.

China juga mengucapkan tahniah kepada presiden Mesir yang baru dilantik itu dengan mengatakan Beijing menghormati pilihan rakyat Mesir. – AP

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen


Pegawai tentera Syria berpaling tadah

Posted: 25 Jun 2012 02:55 PM PDT

Dunia

ANKARA: Seorang panglima tentera Syria dan 38 askar lain berpaling tadah kepada Turki malam kelmarin, lapor televisyen tempatan beberapa hari selepas Syria menembak jatuh sebuah pesawat perang Turki, mencetuskan ketegangan antara kedua-dua negara berjiran itu.

Turki memanggil satu mesyuarat Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) pada Selasa untuk memberi maklum balas berikutan kejadian tembakan sebuah pesawat tentera dalam apa yang disifatkan sebagai satu serangan tanpa amaran di ruang udara antarabangsa.

Kabinet Turki bermesyuarat semalam untuk membincangkan serangan Jumaat lalu yang meningkatkan lagi ketegangan hubungan kedua-dua negara ketika penduduk meneruskan penentangan ke atas Presiden Bashar al-Assad. Britain berkata ia boleh mengenakan tindakan lebih tegas pada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Tindakan terbaru berpaling tadah tentera bersenjata Assad boleh menggalakkan lebih ramai berbuat demikian. Tetapi sebarang tindakan menderhaka di kalangan pegawai tinggi pasukan bersenjata sering terikat dengan Assad berikutan latar belakang fahaman Alawiyin mereka.

"Seorang panglima tentera Syria, dua kolonel, dua mejar, seorang leftenan dan keluarga mereka semuanya 199 orang menyeberang sempadan Turki malam kelmarin," lapor CNN Turki.

Seramai 13 panglima Syria berada di Turki memberikan bantuan logistik kepada Tentera Pembebasan Syria, walaupun Ankara menafikan menyasarkan pemberontak.
Akhbar Turki menyambut baik keputusan Perdana Menteri Yayyip Erdogan dalam satu artikel perjanjian diasaskan NATO yang menyediakan perbincangan segera jika ada ahli dianggap mengancam kepentingan keselamatannya.

"Turki sudah mengambil tindakan," kata akhbar Milliyet dan Vatan dalam tajuk utamanya di bawah bendera NATO. Akhbar Liberal Radikal pula melaporkan 'Bukan kemalangan, satu serangan'.

Operasi mencari pesawat dan dua juruterbang diteruskan di timur Mediterranean, berhampiran sempadan maritim kedua-dua negara.

Namun penganalisis berkata ia bukan sesuatu yang mudah walaupun negara itu memiliki kekuatan tentera kedua terbesar dalam NATO, dengan setengah juta adalah bersenjata, memilih sekurang-kurangnya untuk mengambil tindakan ketenteraan terhadap Syria.
– Reuters


Tiada ulasan:

Catat Ulasan