Berita Harian: Dunia |
Posted: 03 Jun 2012 01:58 PM PDT Dunia Hukuman dikenakan terhadap Mubarak dianggap terlalu ringanKAHERAH: Beratus-ratus penunjuk perasaan memenuhi Medan Tahrir semalam bagi membantah hukuman penjara seumur hidup yang dijatuhkan kepada bekas pemerintah kuku besi Mesir, Hosni Mubarak, dan ketua keselamatannya yang diumumkan kelmarin, yang dianggapkan terlalu ringan. Sebahagian penunjuk perasaan tidur di dalam khemah atau di tempat terbuka tengah malam kelmarin di dataran bersejarah itu, pusat kebangkitan rakyat yang menyingkirkan pemerintahan Mubarak pada tahun 2011 selepas tiga dekad memerintah secara zalim.Ramai orang berasa kami kembali berada dalam pemerintahan rejim lama ketika mendengar keputusan itu. - Feda Essam, Penunjuk perasaan di Dataran Tahrir "Kami berhasrat berada di sini hari dan kemungkinan esok. Kami menjangkakan ramai lagi yang akan datang," kata salah seorang penunjuk perasaan, Omar Abdelkader.Kira-kira 20,000 orang berkumpul kelmarin selepas hakim menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas Mubarak, 84, dan Menteri Dalam Negeri, Habib al-Adly, kerana peranan mereka dalam kematian lebih 800 penunjuk perasaan ketika pemberontakan tahun lalu tetapi membebaskan enam ketua keselamatannya atas dakwaan sama. Dakwaan rasuah terhadap anak lelaki Mubarak, Alaa dan Gamal, digugurkan kerana status had yang sudah berakhir dan pemimpin yang ditumbangkan itu juga dibebaskan dalam satu daripada kes rasuah. Salah seorang anggota pasukan pembela Mubarak memberitahu AFP, bekas presiden itu akan membuat rayuan. Pasukan pembela diktator itu dan peguam mangsanya berkata, rayuan mudah dibuat mengenai keputusan itu. Keputusan menimbulkan kemarahan orang ramai di dalam dan di luar kamar mahkamah, dengan penunjuk perasaan mengadakan perhimpunan di Kaherah, Iskandariah dan beberapa bandar raya lain. "Ramai orang berasa kami kembali berada dalam pemerintahan rejim lama ketika mendengar keputusan itu," kata penunjuk perasaan di Dataran Tahrir, Feda Essam. – AFP |
Bashar nafi kerajaan terbabit tragedi Houla Posted: 03 Jun 2012 01:57 PM PDT Dunia BEIRUT: Presiden Syria, Bashar Assad, semalam menafikan kerajaannya terbabit dengan pembunuhan beramai-ramai di Houla minggu lalu dan berkata manusia paling kejam sekalipun tidak akan melakukan jenayah keji itu.Dalam ucapan di Parlimen yang disiarkan menerusi televisyen, Assad berkata negaranya berdepan perang sebenar dan menyalahkan pengganas disokong negara luar dan pelampau di atas pertumpahan darah itu. Beliau juga berikrar untuk meneruskan tindakan keras tentera. Kenyataan pertama presiden mengenai tragedi itu menjelaskan pembunuhan ngeri membabitkan kematian lebih 100 penduduk, hampir separuh daripadanya kanak-kanak. Penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB) berkata, ada wasangka kuat penyerang prokerajaan melakukan pembunuhan itu, tetapi Assad menafikan. "Jika kita tidak berasakan kesakitan seperti yang saya rasakan, mengenai kejadian kejam itu, terutama kanak-kanak, kita bukanlah manusia," katanya. Ucapan terakhirnya dilakukan Januari lalu.Kenyataan Assad menunjukkan beliau masih tegas dengan pendirian, di sebalik kecaman antarabangsa berhubung tindakan keras ke atas pembangkang. Walaupun banyak mengulangi kenyataan sama dalam ucapan terdahulu, ulasannya mengenai Houla amat dinantikan. "Manusia paling kejam pun tidak akan melakukan jenayah yang kita saksikan, terutama pembunuhan beramai-ramai Houla. Tiada kata-kata untuk menggambarkannya," kata Assad. Bagaimanapun, pembangkang Syria segera menyifatkan kenyataan itu sebagai pembohongan.
|
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan