Jumaat, 4 Mei 2012

Kosmo Online - Dunia

Kosmo Online - Dunia


Lukisan

Posted:

Lukisan <i>The Scream</i><b> dilelong RM363 juta</b>

Lukisan The Scream dilelong RM363 juta

DUA kakitangan firma Sotheby's memegang lukisan The Scream di New York kelmarin.


NEW YORK - Lukisan yang dihasilkan Edvard Munch berjudul The Scream dilelong pada harga AS$120 juta (RM363 juta) kelmarin sekali gus mencatat rekod baharu sebagai hasil seni yang paling mahal pernah dijual dalam satu acara lelongan.

Lelongan itu dikendalikan firma Sotheby's.

Munch menghasilkan lukisan itu pada tahun 1895 dan ia menjadi tarikan utama dalam lelongan tersebut yang dihadiri oleh para pengumpul lukisan, pengedar dan media.

Lukisan itu pada asalnya dijangka dilelong pada harga AS$80 juta (RM242 juta).

Namun, dua pembida menaikkan harga bidaan tersebut.

Lelongan itu mengatasi rekod jualan lukisan Picasso, Nude, green, leaves and bust yang dilelong pada harga AS$106.5 (RM323 juta) dua tahun lalu.

"Ia sangat berbaloi untuk dimiliki," kata Tobias Meyer yang bertanggungjawab menjadi jurulelong.

Meyer menyifatkan The Scream sebagai ikon terhebat dalam seni halus.

Bagi peminat seni, The Scream mungkin berada di tempat kedua selepas potret Mona Lisa.

Pembeli lukisan itu tidak didedahkan. - Agensi

Tumpang kereta dapat wang

Posted:

Tumpang kereta dapat wang

Tumpang kereta dapat wang


NURAINI yang menjadi 'joki' menahan kereta di Jakarta pada 8 Februari lalu.


JAKARTA - Sejumlah orang memperoleh pendapatan dengan menumpang kereta bagi melalui laluan tertentu di bandar raya ini.

Ratusan lelaki, wanita dan kanak-kanak menunggu di beberapa laluan penting pada setiap hari dengan menawarkan perkhidmatan untuk menumpang kereta persendirian semasa waktu puncak.

Ketika waktu puncak itu, kereta-kereta persendirian dikehendaki membawa hanya tiga penumpang di laluan-laluan penting.

Sejumlah orang yang menawarkan perkhidmatan itu diberi gelaran sebagai 'joki'.

Antara yang menjadi 'joki' itu ialah ibu yang mengendong anak dengan kain.

Seorang 'joki' yang hanya mahu dikenali sebagai Jimmy, 22, memakai pakaian kemas semasa dia menawarkan perkhidmatan itu.

"Para pemandu kereta BMW dan Mercedes selalu mengambil saya kerana saya boleh berpura-pura menjadi saudara dan rakan majikan.

"Pemandu-pemandu tidak mahu ditangkap oleh polis menyebabkan joki perlu membantu mereka untuk mengurangkan risiko ditangkap," katanya.

'Joki' itu boleh didenda sehingga AS$109 (RM330.95) jika ditangkap polis.

Menurut Jimmy, dia memperoleh sebanyak AS$7.50 (RM22.76) sehari dengan menjadi 'joki'.

Namun, kebanyakan wanita yang menjadi 'joki' kerap mengalami gangguan seksual daripada pemandu kereta.

Salah seorang daripada mereka, Nuraini, 39, menyatakan, ketika dia hamil, seorang pemandu meminta dia melakukan perbuatan tidak senonoh.

"Ia amat tidak selesa menyebabkan saya bertindak keluar dari kereta itu," katanya.

Peraturan berkongsi kereta itu diperkenalkan pada tahun 1992 bagi mengurangkan kesesakan jalan raya. - AFP

Hyun-joong mahu temui peminat

Posted:

Hyun-joong mahu temui peminat

Hyun-joong mahu temui peminat


RAMBUT Hyun-joong (tengah) didandan sebelum dia diwawancara wartawan di Singapura kelmarin.


SINGAPURA - Penyanyi terkenal Korea Selatan, Kim Hyun-joong (gambar) memulakan siri jelajah untuk bertemu dengan para peminatnya di Asia yang bermula di sini hari ini.

Penyanyi kumpulan SS501 itu dijangka bertemu kira-kira 3,000 peminatnya di pintu keluar stadium selepas konsertnya berakhir.

Menurut pihak penganjur, pada awalnya Hyun-joong ingin bertemu 500 peminat yang dipilih daripada penonton konsertnya.

Namun, dia mengubah fikiran dan mahu menemui semua peminatnya.

"Saya tahu ia tidak mudah dan saya berharap walaupun jika pertemuan itu merupakan yang paling singkat, para peminat harus tahu bahawa saya begitu menghargai usaha dan sokongan mereka," katanya semalam.

Menurut Hyun-joong, dia yakin masalah keselamatan tidak akan menjadi isu.

Konsert jelajah tersebut juga akan diadakan di Hong Kong, Taiwan, China dan Thailand.

Pihak penganjur berkata, Hyun-joong juga akan menemui para peminatnya di Hong Kong dan Taiwan.

Jejaka berusia 25 tahun itu menjadi terkenal di Asia selepas muncul menerusi drama televisyen Korea Selatan pada tahun 2009, Boys Over Flowers.

Album solo pertama Hyun-joong, Break Down diterbitkan pada tahun lalu. - AGENSI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan