Berita Harian: Dunia |
El Salvador lubuk seks ejen AS Posted: 27 Apr 2012 01:30 PM PDT Dunia Salah laku terbaru Amerika Latin turut babit FBI, DEA dan diplomatWASHINGTON: Perkhidmatan Rahsia Amerika Syarikat melancarkan siasatan baru ke atas dakwaan salah laku dan skandal seks ejen sulit di El Salvador, menyusuli kontroversi di Colombia dan Brazil yang terus mencalar reputasi pengawal elit Presiden Amerika Syarikat ketika ini, Barack Obama. Laporan terbaru mendakwa, ejen sulit terbabit mengadakan parti dengan penari bogel dan pelacur ketika dalam tugasan rasmi di El Salvador tahun lalu. Laporan itu memetik seorang kontraktor kerajaan Amerika yang mendedahkan dia dan lebih sedozen ejen sulit serta beberapa anggota tentera mengunjungi sebuah kelab tarian bogel sebelum Obama tiba di San Salvador pada Mac 2011.Beberapa ejen sulit juga memberi bayaran untuk masuk ke bilik VIP untuk mendapat khidmat seks dan sekurang-kurangnya dua daripada ejen berkenaan membawa pelacur balik ke bilik hotel. "Ejen sulit itu juga berlagak dengan berkata mereka lakukan perkara itu setiap masa dan meminta saya supaya tidak risau," kata kontraktor terbabit. Laporan itu juga memetik pemilik kelab berkenaan sebagai berkata, ejen sulit AS mengunjungi tempat itu tiga malam berturut-turut pada 2011, malah pegawai Biro Siasatan Persekutuan (FBI), Pentadbiran Penguatkuasa Dadah (DEA) dan kedutaan Amerika adalah pelanggan biasa.
Beberapa hari sebelum itu, tiga anggota Marin Amerika dan seorang petugas kedutaan Amerika di Brazil dikenakan hukuman berat serta diarah pulang berikutan satu insiden dengan seorang pelacur. Rabu lalu, ketika satu sesi keterangan di Senat, ketua Jabatan Keselamatan Dalam Negeri, Janet Napolitano berkata beliau dan Obama tetap menaruh kepercayaan penuh kepada ketua Perkhidmatan Rahsia, Mark Sullivan tetapi berikrar untuk menyiasat sepenuhnya apa yang berlaku. Napolitano berkata, beliau tidak menemui sebarang masalah besar membabitkan anggota Perkhidmatan Rahsia, lebih-lebih lagi tiada aduan mengenai salah laku dibuat sejak dua tahun enam bulan lalu apabila ejen sulit melakukan 900 tugasan di luar negara dan 13,000 lagi di dalam negara. "Bagaimanapun, perilaku anggota Perkhidmatan Rahsia pasti akan diberi tumpuan lebih teliti jika dakwaan mengenai apa yang berlaku di El Salvador terbukti benar," kata anggota Kongres, Sheila Jackson Lee. – AFP/Agensi |
Bieber gelar Indonesia 'negara yang entah di mana' Posted: 27 Apr 2012 01:26 PM PDT Dunia JAKARTA: Indonesia mungkin sebuah negara yang paling menyeronokkan di dunia ketika ini, tetapi penyanyi remaja popular antarabangsa Justin Bieber mempunyai pandangan berbeza.Bintang muda pop itu dilaporkan menghina negara paling ramai penduduk di Asia Tenggara dengan menggelarkan Indonesia sebagai 'negara entah di mana' dalam satu acara di London. Akhbar tabloid Britain, Daily Mirror melaporkan, bintang remaja sensasi itu memperlekeh cara bercakap warga negara itu berbahasa Inggeris dan mengeluarkan kata-kata menghina Indonesia ketika berada di London untuk melancarkan album barunya, Believe. Ketika menghadiri majlis promosi albumnya, Bieber memperlekeh proses penghasilan satu lagu dalam albumnya itu dengan berkata ia dirakamkan di 'negara yang entah di mana'.Pengurusnya, Scott 'Scooter' Braun, mencelah dan memberitahu lagu itu dihasilkan di Indonesia, lapor Daily Mirror. "Saya merakamnya di sebuah studio. Di tempat kecil. Mereka tidak tahu apa yang mereka lakukan," kata Bieber. Di negara dengan hampir 240 juta penduduk, Bieber berjaya menarik ramai pengikut di kalangan rakyat Indonesia dengan mewujudkan akaun Twitter seperti 'Bieber Indonesia' selain dalam Facebook.
Orang lain lebih bimbang sama ada Bieber hilang minat dengan negara itu dengan menghantar mesej dalam Twitter ke laman rasminya dan bertanya sama ada dia 'benar-benar membenci Indonesia'. Ada sebilangan tidak menghiraukannya kerana penyanyi itu merakamkan lagunya di Indonesia, perkembangan yang menggembirakan ramai peminat Indonesia, walaupun dihina Bieber. – Agensi |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan