Ahad, 29 April 2012

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Rihanna ‘meratap’ dalam lagu

Posted: 28 Apr 2012 06:56 AM PDT

LOS ANGELES: Penyanyi seksi, Rihanna, berkata sebahagian daripada lagunya bersifat lucah apabila dia tidak mendapat kepuasan seks.

Menurut penyanyi berusia 24 tahun itu, dia memang mengalami masalah mendapatkan kepuasan di ranjang.


Justeru, kata Rihanna, dia mengalihkan rasa tidak puas itu dengan menyanyikan lagu lucah untuk dikongsi bersama peminatnya.

Katanya, dia menganggap dirinya sebagai "kekasih yang tidak takut apa-apa" dan sifat itu antara lain dapat dilihat pada karya seninya.


"Album terbaru saya, Talk That Talk, adalah lagu yang jujur bercerita mengenai apa yang ada dalam fikiran.


"Malah, semua album terdahulu saya dihasilkan begitu," katanya.

Dilahirkan di Barbados, Rihanna pernah menjalin hubungan cinta dengan ramai selebriti, termasuk Chris Brown, Jay Z, Ne-Yo, Eminem, Kanye West dan Drake.


Kekasih terkininya ialah petinju Britain, Dudley O'Shaughnessy, 22, yang muncul dalam klip video We Found Love.

Ketika berpacaran dengan Brown, Rihanna pernah menarik perhatian ramai apabila menjadi mangsa serangan fizikal artis terbabit.


Rihanna dianggap antara penyanyi paling berani dalam persembahan dan pada tahun lalu, lagunya, Red Lipstick, menarik perhatian kerana liriknya yang lucah.


Kata Rihanna, dia mempunyai banyak fikiran nakal tetapi sering kecewa untuk menjadikannya kenyataan.


"Akhirnya kekecewaan itu dilahirkan dalam muzik," katanya.


Rihanna berkata, biasanya seseorang hanya memberi perhatian untuk menggembirakan pasangan masing-masing sehingga melupakan hak diri sendrii.


"Saya fikir, kualiti terbaik yang ada pada saya adalah sifat spontan, berani mengambil risiko dan tak tahu takut.


"Ia memberi anda kekuatan apabila bersikap begitu.


"Bagi saya, seks adalah kuasa," katanya. - TS


Bekas wartawan kanan akhbar tabloid bebas tuduhan

Posted: 28 Apr 2012 06:55 AM PDT

LONDON: Bekas ketua pemberita akhbar News of the World dibebaskan daripada sebarang dakwaan menakut-nakutkan seorang saksi yang terbabit dalam siasatan polis, kata pendakwa semalam.

Neville Thurlbeck, 50, ditahan polis pada Mac lalu ekoran tulisan dalam blognya.


Melalui tulisan dalam blog itu, Thurlbeck menyiarkan alamat rumah anggota Jawatankuasa Pengurusan dan Standard ditubuhkan syarikat News International bagi menyiasat salah laku dalam akhbar tabloid berkenaan, selain membantu pihak berkuasa.

Selain kes gangguan itu, Thurlbeck menghadapi satu lagi siasatan membabitkan skandal pengintipan telefon yang menyebabkan akhbar News of the World ditutup operasinya.


Thurlbeck adalah satu daripada kakitangan akhbar berkenaan yang ditahan polis selepas pihak berkuasa membuka semula siasatan skandal berkenaan pada Januari 2011.


Ketua Penasihat Perundangan kepada Pengarah Pendakwa Raya, Alison Levitt, berkata hasil siasatan mencadangkan Thurlbeck tidak dikenakan sebarang tuduhan.

"Justeru, wartawan terbabit kekal berada dalam jaminan polis bagi membantu siasatan," katanya.


Thurlbeck dianggap tokoh penting dalam skandal itu kerana namanya disebut dalam siasatan polis setakat ini. - Reuters


Tiada ulasan:

Catat Ulasan