Selasa, 6 Mac 2012

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Jual muka untuk bayar hutang

Posted: 05 Mar 2012 08:09 AM PST

LONDON: Dua siswazah menjual muka mereka kepada pengiklan dalam usaha untuk menjelaskan hutang pengajian berjumlah hampir 50,000 (RM250,000).

Ed Moyse dan Ross Harper, kedua-duanya berusia 22 tahun, melukis logo dan slogan syarikat pada muka mereka selama sehari. Ini akan membolehkan sesiapa saja yang melintas mereka, dapat membaca iklan berkenaan.


Antara syarikat yang menggunakan khidmat itu menerusi buymyface.co.uk setakat ini ialah Ernst and Young, Pipers Crisp dan Mashbo.

Kedua-dua siswazah terbabit yang menuntut di Universiti Cambridge, sudah memulakan projek itu selama 155 hari daripada 366 hari yang mereka rancang dan setakat ini berjaya mengumpul lebih 31,000 (RM155,000).


Mulanya, satu iklan berharga 1 (RM5) sehari tetapi kini, kedua-duanya menerima begitu banyak permintaan dan harganya naik hingga 400 (RM2,000) dan masih terus meningkat.


Moyse dan Harper berkata: "Ia cara di luar kebiasaan untuk kami menjelaskan hutang pengajian. Kami melihat begitu ramai yang gagal dalam permohonan untuk mendapatkan pekerjaan dan akhirnya terpaksa menerima karier yang sebenarnya bukan mereka kehendaki.

"Apa yang kami lakukan ialah sedikit berbeza dan ia bermula dengan agak baik." - TS



Lelaki belasah remaja hadapi hukuman penjara

Posted: 05 Mar 2012 08:04 AM PST

PALM BAY: Seorang bapa yang memukul seorang budak lelaki berusia 16 tahun yang disiarkan dalam YouTube, berdepan dengan hukuman penjara.

Gary Johnson dari Palm Bay, Florida, yang memukul mangsanya hingga gigi remaja berkenaan patah, pengsan sebaik keputusan perbicaraan dibacakan di mahkamah, mendapatinya bersalah atas tuduhan menyerang, mendera kanak-kanak dan bertindak tidak senonoh.


Johnson, 35, berdepan dengan hukuman penjara hingga 57 tahun tetapi dia dijangka oleh pendakwa raya dan peguamnya untuk menjalani hukuman itu hanya selama 10 tahun.

Video yang dimuatnaikkan ke YouTube Ogos lalu menunjukkkan Johnson memukul remaja itu di belakang rumahnya. Mangsa tidak melawan ketika dipukul.


Selepas mengadili gusti lengan yang anaknya (tidak kelihatan dalam video) tewas, Johnson bangun dan mencabar untuk bertanding dengan pesaing anaknya.


Peguam Johnson berkata, remaja itu mencetuskan kemarahannya selepas berlaga dada dengannya dan mengeluarkan kata-kata mencabar.

"Anda mencabarnya," kata seorang pendakwa raya kepada remaja itu di mahkamah, semalam.


"Ya tuan," jawabnya.

"Tindak balas anda ialah apabila anda ditolak, anda tidak berundur lagi? "Tidak," jawab remaja berkenaan.


Dalam video itu, kedua-duanya berdiri bersemuka dengan masing-masing menggenggam tangan.


Selepas remaja itu menolak Johnson kali pertama, dia menolak balik remaja itu hingga dia terjatuh.


Johnson kemudian berulang kali menumbuk muka mangsa, kadangkala berhenti, seolah-olah untuk memaksanya melihatnya semula sebelum dia menumbuk lagi.


Remaja itu berkata, dia ingat dia jatuh ke tanah dan ditumbuk oleh Johnson sebelum pengsan selepas itu.


"Saya cedera di kening. Bibir saya pecah dan beberapa gigi saya patah," katanya kepada mahkamah. - DM



Tiada ulasan:

Catat Ulasan