Selasa, 6 Mac 2012

Utusan Online - Luar Negara

Utusan Online - Luar Negara


Gempa bumi gegar Filipina

Posted:

Gempa bumi gegar Filipina


Imej yang dikeluarkan Persatuan Palang Merah filipina merakamkan seorang pekerja persatuan itu sedang memeriksa kerosakan struktur bangunan dekat sebuah rumah selepas gempa bumi melanda Masbate City, semalam. - AFP


MANILA 6 Mac - Gempa bumi berukuran 5.2 skala Richter menggegarkan tengah Filipina, awal hari ini menyebabkan tingkap-tingkap kediaman dan bangunan pecah, bangunan lama runtuh dan mencetuskan panik di kalangan penduduk.

Pusat gempa di kesan di Masbate City, wilayah Visayas, lapor Institusi Volcanologi dan Seismologi Filipina.

Datuk Bandar Masbate, Socrates Tuason berkata, lapan orang dilaporkan cedera ringan selepas dihempap runtuhan bangunan.

"Gempa mencetuskan situasi panik di kalangan penduduk dan mereka takut keluar rumah.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

Benteng Sungai Murrumbidgee terancam

Posted:

Benteng Sungai Murrumbidgee terancam


Sebuah rumah yang dikelilingi sarang labah-labah diancam banjir di Wagga Wagga, semalam. Lebih 8,000 penduduk di tiga negeri di Australia diarah berpindah ekoran kebimbangan benteng Sungai Murrumbidgee akan pecah. - REUTERS


SYDNEY 6 Mac - Beribu-ribu orang di tenggara Australia terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing, hari ini ekoran kebimbangan benteng Sungai Murrumbidgee akan pecah.

Banjir yang melanda Queensland, New South Wales dan Victoria yang telah mengorbankan dua nyawa setakat ini turut menyebabkan beratus-ratus kediaman ditenggelami air serta mengakibatkan kerosakan bernilai berjuta-juta dolar.

Lebih 8,000 orang di Wagga Wagga, New South Wales diarah berpindah ketika Sungai Murrumbidgee diramal mencapai paras 10.9 meter, iaitu paras limit benteng sungai itu.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan