Rabu, 22 Februari 2012

Utusan Online - Luar Negara

Utusan Online - Luar Negara


Rusuhan penjara di pulau Bali

Posted:

Rusuhan penjara di pulau Bali

Rusuhan penjara di pulau Bali


Sebahagian banduan berkumpul di atas menara penjara Kerobokan di Denpasar, Bali memerhati pasukan keselamatan Indonesia berkawal di luar penjara itu dalam satu kejadian rusuhan di penjara tersebut, semalam. - REUTERS


DENPASAR 22 Feb. - Pasukan keselamatan Indonesia menggempur sebuah penjara di pulau Bali, awal pagi ini untuk menamatkan rusuhan yang menyaksikan banduan membaling batu dan membakar pejabat penjara.

Rusuhan sepanjang malam itu memaksa pengawal melarikan diri dari penjara Kerobokan yang dibina untuk menempatkan hanya 300 banduan tetapi kini menempatkan 1,000 banduan termasuk 12 warga Australia yang menjalani hukuman penjara kerana menyeludup dadah.

Pihak berkuasa berkata, tiada banduan asing yang cedera atau terlibat dengan kekacauan itu.

Kira-kira 100 anggota polis dan tentera bersenjata lengkap menggempur penjara itu pada waktu subuh, dengan melepaskan tembakan peluru getah, selepas beberapa percubaan untuk berunding dengan perusuh gagal.

"Mereka terpaksa melepaskan tembakan, menyebabkan tiga banduan cedera di kaki dan dikejarkan ke hospital," kata Timbalan Ketua Polis Bali, Ketut Untung Yoga.

Jabatan Luar dan Perdagangan Australia berkata, kesemua 12 banduan warga Australia di Kerobokan, termasuk dua yang dijatuhi hukuman mati dan enam yang menjalani hukuman penjara seumur hidup, berada dalam keadaan selamat.

Antara rakyat Australia yang dipenjarakan di situ ialah 'keldai dadah' Schapelle Corby dan kumpulan yang dikenali sebagai 'Bali Sembilan' yang ditangkap ketika cuba menyeludup dadah keluar dari pulau peranginan ini.

Sehingga 1,000 anggota pasukan keselamatan dengan sokongan berpuluh-puluh kereta perisai dan meriam air ditempatkan di luar penjara tersebut yang terletak di sebuah kawasan pinggir bandar di Bali.

Saksi melihat empat banduan yang cedera di kaki dan tangan dibawa keluar dari penjara itu menggunakan pengusung dan kemudian menaiki ambulans ke hospital, di bawah kawalan ketat anggota pasukan keselamatan.

Polis masih menyiasat punca keganasan itu, tetapi media tempatan melaporkan kekacauan bermula apabila seorang banduan menikam seorang banduan lain pada Ahad lalu, mencetuskan tindakan balas yang membawa kepada rusuhan besar-besaran malam tadi. - AFP

Thai hantar permohonan ekstradisi kepada KL

Posted:

Thai hantar permohonan ekstradisi kepada KL

Thai hantar permohonan ekstradisi kepada KL

BANGKOK 22 Feb — Bangkok secara rasmi menghantar permohonan kepada Malaysia bagi mengekstradisi seorang rakyat Iran yang merupakan suspek yang terbabit dalam tiga kejadian letupan bom di bandar raya ini pada minggu lepas.

Jurucakap Menteri Luar Thailand, Thani Thongpakdi berkata, surat permohonan itu dihantar kepada Kedutaannya di Kuala Lumpur hari ini, untuk dimajukan kepada pihak berkuasa Malaysia.

Bangkok memohon diekstradisi lelaki Iran berusia 31 tahun itu yang ditahan di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di Sepang pada Rabu lepas oleh polis Malaysia ketika dia ingin berlepas ke Teheran selepas tiba dengan penerbangan dari Bangkok, malam sebelumnya.

Polis Malaysia berkata, suspek itu ditahan di bawah Akta Imigresen dan untuk membantu siasatan mengenai kegiatan pengganas berhubung kejadian letupan bom di Thailand.

Tiga letupan bom menggegarkan bandar raya ini pada Selasa lepas dan mencederakan empat rakyat Thai serta seorang rakyat Iran yang merupakan pengebom itu.

Lima rakyat Iran disyaki terlibat dalam kejadian itu dan polis Thai sehingga kini telah menahan dua daripada mereka, termasuk suspek yang cedera dan kini dirawat di sebuah hospital di sini.

Dua lagi suspek rakyat Iran, termasuk seorang wanita, telah meninggalkan negara ini sebelum kejadian letupan itu.

Letupan pertama berlaku di rumah yang disewa suspek di Jalan Sukhumvit 71 di sini, manakala dua lagi bom dibaling ketika seorang daripada suspek cuba melarikan diri. — BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan