Kosmo Online - Dunia |
- Banduan asing enggan pindah
- Geng seludup tanduk badak sumbu tumpas di AS
- Harta karun RM1.5b dihantar ke Sepanyol
Posted: Banduan asing enggan pindah
DENPASAR, Indonesia - Sejumlah banduan asing yang dipindahkan dari sebuah penjara di Bali ekoran rusuhan yang dicetuskan oleh banduan telah kembali ke penjara Kerobokan atas permintaan mereka, kata pihak berkuasa semalam. Seramai 14 banduan asing yang merupakan antara 60 banduan luar negara di penjara Kerobokan itu telah dipindahkan untuk keselamatan mereka pada lewat kelmarin. Namun, banduan-banduan tersebut kembali ke penjara tersebut selepas mereka enggan dipindahkan ke penjara lain. Penjara yang sesak itu turut menempatkan 12 warga Australia yang menjalani hukuman penjara kerana menyeludup dadah. Seramai 48 banduan asing ditempatkan bersama dengan 1,000 banduan di penjara berkenaan. Penjara itu kini dikawal oleh sekumpulan banduan selepas berlaku pergaduhan sehingga mengakibatkan para pengawal melarikan diri pada Selasa lalu. Dalam pergaduhan itu, terdapat banduan yang cedera ditikam. Pasukan keselamatan Indonesia menggempur penjara itu kelmarin untuk menamatkan rusuhan selepas sekumpulan banduan membakar pejabat penjara dan membaling batu. Namun, anggota-anggota keselamatan berundur kerana mereka bimbang akan berlaku lagi keganasan. Menurut seorang pegawai perisik, banduan yang ingin kembali ke penjara itu berasal dari Britain, Denmark. Perancis, Afrika Selatan, Korea Selatan, Thailand, Filipina dan Iran. Sementara itu, seorang banduan, Myuran Sukumaran ketika ditemui beberapa wartawan berkata, dia tidak mahu berpindah dari penjara tersebut. "Saya baik di sini. Saya tidak mahu berpindah ke penjara lain, saya mahu terus kekal di sini," katanya. Beberapa pegawai berkata, terdapat 11 kanak-kanak yang merupakan rakyat tempatan berada di penjara tersebut. - Agensi | |
Geng seludup tanduk badak sumbu tumpas di AS Posted: Geng seludup tanduk badak sumbu tumpas di AStanduk badak sumbu dan wang tunai yang dirampas oleh ejen-ejen Perkhidmatan Hidupan Liar AS dalam beberapa serbuan dipamerkan di Torrance, California kelmarin. LOS ANGELES – Tujuh orang ditangkap atas dakwaan menyeludup masuk tanduk haiwan badak sumbu di Los Angeles dan New York, kata beberapa pegawai persekutuan Amerika Syarikat (AS) kelmarin. Menurut seorang jurucakap Pejabat Peguam Negara AS, Thom Mrozek, empat daripada mereka ditangkap di sini. Salah seorang warga China, Jin Zhao Feng juga ditangkap di Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles. Pihak berkuasa mengesyaki dia memantau penghantaran berpuluh-puluh tanduk badak sumbu dari AS ke China. Menurut satu kenyataan Jabatan Kehakiman dan Dalam Negeri AS, ejen-ejen Perkhidmatan Hidupan Liar dan Perikanan termasuk pihak kastam serta imigresen telah membuat tangkapan di lima buah negeri. Tangkapan itu dibuat selepas siasatan selama 18 bulan dilakukan berhubung sindiket penyeludupan tanduk badak sumbu. Tanduk badak sumbu itu dipercayai boleh mengubati pelbagai penyakit termasuk kanser. Pihak berkuasa juga menemui wang tunai sebanyak AS$337,000 (RM1.06 juta) daripada salah seorang yang ditangkap itu di Lapangan Terbang Long Beach di Florida pada 9 Februari lalu. – Agensi | |
Harta karun RM1.5b dihantar ke Sepanyol Posted: Harta karun RM1.5b dihantar ke SepanyolBEBERAPA keping duit lama syiling emas dipegang oleh seorang pakar harta karun di sebuah lokasi rahsia di Sarasota, Florida kelmarin. TAMPA - Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) menyatakan sejumlah duit syiling perak dan emas yang ditemui dari sebuah kapal perang Sepanyol yang karam pada tahun 1804 telah dihantar ke Sepanyol dengan dua buah pesawat semalam. Kapal itu karam selepas dibedil sebuah kapal perang British. Duta Sepanyol ke AS, Jorge Dezcallar de Mazarmen menyaksikan dua buah pesawat kargo Sepanyol membawa 594,000 keping duit syiling perak dan artifak lain di Pangkalan Tentera Udara MacDill di sini. Sebelum ini hakim sebuah mahkamah mengarahkan firma Odyssey Marine Exploration yang berpangkalan di sini menyerahkan duit syiling dan artifak tersebut kepada kerajaan Sepanyol dalam satu perbicaraan berhubung pemilikan harta karun itu. Firma itu menemui bangkai kapal Sepanyol, Nuestra Senora de las Mercedes di luar pantai Portugal dekat Selat Gibraltar pada tahun 2007. Ketika itu, harta karun tersebut dianggarkan bernilai AS$500 juta (RM1.5 bilion). Kapal tersebut dipercayai membawa 200 orang semasa ia karam. - Agensi |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan