Berita Harian: Dunia |
Posted: 25 Feb 2012 01:09 PM PST Dunia SEORANG penduduk Palestin di perkampungan Syusya, Tebing Barat berjalan berhampiran panel solar yang dipasang di kawasan dekat Hebron. AL-THALA (Tebing Barat): Israel nyata tidak puas hati melihat masyarakat Palestin hidup aman damai selepas memerintah wilayah ditakluki dan menindas penduduk asalnya. Sasaran terbaru rejim Zionis itu untuk dimusnahkan ialah panel solar dan kincir angin yang membekalkan elektrik kepada penduduk Palestin yang hidup bercucuk tanam dan menternak haiwan.Kami seperti tinggal di bandar. Saya tidak boleh hidup tanpanya. - Hakima Elayan, Penduduk Palestin Suri rumah tidak lagi perlu memerah tenaga menggodak susu kambing untuk dijadikan mentega, makanan boleh disimpan dalam peti sejuk bagi mengelakkannya rosak dan kanak-kanak juga tidak perlu tergesa-gesa menyiapkan kerja sekolah sebelum gelap.Tenaga elektrik yang diperoleh daripada panel solar dan kincir angin membantu penduduk Palestin pedalaman menjalani kehidupan dengan lebih mudah menggunakan barangan elektrik dan mesin. Bagaimanapun, projek dibiayai Jerman yang dibantu sukarelawan Israel ini berada dalam bahaya selepas pihak berkuasa Yahudi mengancam memusnahkan panel solar dan kincir angin di enam daripada 16 komuniti pedalaman Tebing Barat yang menerima sumber tenaga pilihan itu, atas alasan dipasang tanpa permit. Kerajaan Jerman melahirkan kebimbangan dalam perkara itu dan meminta penjelasan, permintaan yang jarang disuarakan penyokong kuat Israel di Eropah. Pertelingkahan ini bukan hanya dari segi diplomatik. Pembahagian bidang kuasa sepatutnya sementara tetapi ia dibekukan ketika rundingan damai menemui jalan buntu. Rakyat Palestin menuntut seluruh Tebing Barat dan timur Baitulmaqdis selain Semenanjung Gaza sebagai negara. Dusun di al Thala, satu komuniti yang didiami 80 orang di selatan Tebing Barat, tiada bekalan elektrik sehingga Ogos lalu apabila kumpulan bantuan perubatan Jerman dan kumpulan saintis Israel yang pro perdamaian, Comet-ME, membina panel solar untuk menyediakan 30 komuniti di kawasan itu mendapat kuasa solar dan angin. Hakima Elayan, 43, sebelum ini menghabiskan masa empat jam sehari menggodak susu menjadikan mentega menggunakan tangan. Kini, mesin melakukan bagi membolehkannya menghabiskan masa dengan anak serta melakukan kerja rumah lain. "Kami seperti tinggal di bandar. Saya tidak boleh hidup tanpanya," katanya. Tetapi bulan lalu, Pentadbiran Awam Israel, satu cawangan ketenteraan yang mengendalikan orang awam Palestin mengeluarkan arahan menghentikan penggunaan tenaga pilihan itu dengan memusnahkan panel solar dan kincir angin di al Thala dan lima lagi komuniti dengan alasan ia dibina secara haram. Pemerhati antarabangsa memberi amaran, Israel menindas kemajuan Palestin di sektor tadbirnya di Tebing Barat dikenali sebagai 'Area C' tetapi memberi segala kemudahan kepada pendatang Yahudi. Ahli fizik Comet-ME, Elad Orian, berkata kumpulan itu tidak meminta kebenaran kerana rasa ia sia-sia saja memandangkan Israel menganggap komuniti itu haram. Beliau percaya pemusnahan akan mengambil masa beberapa bulan lagi dan berharap tekanan politik Jerman yang memberi sumbangan lebih 400,000 euro (RM1.6 juta) dapat menyelamatkan projek itu. Dalam kes yang serupa, Menteri Luar Poland, Jerzy Pomianowski mengarahkan duta Israel untuk melahirkan keprihatinan terhadap kemusnahan telaga di komuniti berdekatan al Thala yang dibina semula dengan dana Poland. – AP. |
Perisik AS tidak jumpa bukti Iran bina bom atom Posted: 25 Feb 2012 01:04 PM PST Dunia WASHINGTON: Penganalisis perisikan Amerika Syarikat terus percaya tiada bukti kukuh menunjukkan Iran memutuskan untuk membina bom nuklear, lapor akhbar New York Times (NYT), semalam.Memetik pegawai Amerika yang enggan nama disiarkan sebagai berkata, penilaian terkini oleh agensi perisikan Amerika adalah konsisten secara meluas dengan hasil penemuan perisikan pada 2007, yang menyimpulkan bahawa Iran meninggalkan program senjata nuklearnya. Pegawai berkata, penilaian sebahagian besarnya mengesahkan Jangkaan Perisikan Nasional 2010, dan ia masih terus kekal dengan persetujuan pendapat 16 agensi perisikan Amerika, kata laporan itu. Laporan itu dibuat selepas Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) memberi amaran kebimbangannya terhadap campur tangan tentera terhadap program nuklear Iran.NYT berkata, tiada pertelingkahan antara pegawai perisikan Amerika, Israel dan Eropah bahawa Iran sudah memperkayakan bahan api nuklear, dan membangunkan sesetengah prasarana yang sepatutnya untuk menjadi kuasa nuklear. Tetapi, Agensi Perisikan Pusat (CIA) dan agensi perisikan lain percaya Iran belum memutuskan sama ada mahu menyambung semula usaha mereka kepala peledak nuklear, satu program yang mereka percaya pada dasarnya dihentikan pada 2003, kata akhbar itu. Pegawai perisikan dan penganalisis luar percaya ada lagi penjelasan lain untuk aktiviti pengkayaan Iran, kata laporan itu.
Berbanding membina bom sekarang, Iran mungkin mahu meningkatkan kuasanya dengan menanam keraguan antara negara lain mengenai cita-cita nuklearnya, kata NYT. Sesetengah pihak merujuk kepada Pakistan dan India, yang mana kedua-duanya mempunyai program senjata nuklear rahsia selama beberapa dekad sebelum membuat keputusan untuk membina bom dan menguji senjata itu pada 1998, lapor akhbar itu. – AFP.
|
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan