Rabu, 29 Februari 2012

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


PBB mesti lihat derita Palestin

Posted: 29 Feb 2012 01:28 PM PST

Dunia

KANAK-KANAK Palestin mengutip sisa daripada timbunan sampah di kem pelarian  Jabaliya di Gaza untuk menyara hidup, realiti yang tidak dilihat dari New York.

KANAK-KANAK Palestin mengutip sisa daripada timbunan sampah di kem pelarian Jabaliya di Gaza untuk menyara hidup, realiti yang tidak dilihat dari New York.

NEW YORK: Pemimpin Palestin menjemput ahli Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melawat Tebing Barat, Gaza dan Baitulmaqdis Timur dengan segera bagi menyaksikan sendiri 'realiti' penduduk Palestin di bawah penjajahan Israel.

Pemerhati Palestin di PBB, Riyad Mansour, memberitahu wartawan selepas sesi mesyuarat majlis, beliau mengutus surat berkenaan kepada 15 anggota badan dunia itu supaya melihat sendiri aktiviti haram Israel yang terus membina penempatan pendatang Yahudi di kawasan Palestin.

Israel menyambut langkah Palestin itu dengan mengarahkan askarnya menyerbu dua stesen televisyen Palestin, merampas beberapa alat transmisi komunikasi dan peralatan lain, salah daripadanya adalah al-Watan TV. Mansour membuat jemputan itu ketika Setiausaha Agung Rendah PBB bagi Hal Ehwal Politik, B. Lynne Pascoe, memberitahu Majlis Keselamatan bahawa perkembangan di Gaza dan Tebing Barat adalah 'bahaya dan sukar dikawal.'

Anggota Majlis Keselamatan ketika ini membincangkan lawatan mereka ke lokasi tertentu pada masa depan dan diplomat menganggap langkah pemimpin Palestin bertujuan menarik perhatian antarabangsa kembali ke Asia Barat.

Mansour sudah berunding dengan dua beberapa anggota Majlis Keselamatan bagi membincangkan keadaan tegang di wilayah ditakluki selepas Israel memperhebat pembinaan penempatan Yahudi.'

"Sudah tiba masanya Majlis Keselamatan datang dan melawat Palestin supaya anggotanya dapat melihat dengan mata sendiri keadaan sebenar dan penderitaan dialami penduduk Palestin di wilayah ditakluki," kata Mansour.
PBB menyuarakan kebimbangan mengenai penempatan baru dan pemusnahan rumah Palestin di wilayah ditakluki termasuk Baitulmaqdis Timur.

Pascoe juga menyuarakan kebimbangan mengenai keganasan antara pendatang dan warga Palestin selepas bedilan roket dilancarkan terhadap wilayah Israel dari Gaza. Rundingan pemimpin Israel dan Palestin buntu sejak September 2010.

Pemimpin Palestin enggan mengadakan rundingan sehingga Israel membekukan kegiatan pembinaan rumah untuk pendatang yang turut dikutuk PBB dan negara kuasa besar.

Duta Israel ke PBB, Ron Prosor mengaku terkejut dengan permintaan pemimpin Palestin itu yang disifatkannya cubaan mengelak daripada mencari penyelesaian sebenar.

Tahun lalu, Amerika menolak cadangan pemimpin Palestin supaya negara lain mengunjungi wilayah ditakluki. – Agensi

Abu Bakar seru pengikut hancur AS

Posted: 29 Feb 2012 01:27 PM PST

Dunia

JAKARTA: Guru agama Indonesia, Abu Bakar Bashir menuduh Amerika Syarikat dalang menyebabkan hukuman terhadapnya ditambah selepas mahkamah tertinggi Indonesia menguatkuasakan semula hukuman 15 tahun penjara atas kesalahan terbabit dalam keganasan.

Abu Bakar disifatkan sebagai pemimpin militan di Indonesia dan lantang menyokong perjuangan ala al-Qaeda tetapi sering menafikan dirinya pengganas.

Beliau yang muncul untuk menjalani pembedahan katarak kedua di sebuah hospital mata di Jakarta menggesa pengikutnya berjuang menentang Amerika sehingga negara itu hancur. "Amerika adalah musuh Islam, jadi keputusan mahkamah terhadap saya semestinya arahan Amerika," katanya ketika diiringi masuk ke dalam kenderaan polis.

"Kita perlu terus menentang Amerika sehingga ia hancur."

Jun lalu, sebuah mahkamah rendah Jun lalu menghukum penjara 15 tahun terhadapnya kerana dikaitkan dengan kesalahan keganasan dan membiayai sebuah pertubuhan pengganas di wilayah Aceh yang didakwa merancang serangan maut terhadap Barat dan ahli politik.

Rayuan kepada Mahkamah Tinggi meringankan hukuman kepada sembilan tahun kerana kekurangan bukti dan usianya yang lanjut tetapi Mahkamah Agung pada Isnin lalu memutuskan hukuman asal 15 tahun penjara dilaksanakan. – AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan