Berita Harian: Dunia |
Posted: 07 Feb 2012 03:05 PM PST Dunia SEKUMPULAN polis bertempur dengan tentera ketika ratusan anggota pasukan keselamatan itu memulakan demonstrasi di ibu negara Male, Selasa lalu. MALE: Presiden Maldives, Mohamed Nasheed semalam meletak jawatan selepas bantahan umum selama beberapa minggu berikutan arahan kontroversi beliau untuk menahan seorang hakim kanan, kata tentera. Anggota Majlis Pertahanan Bersepadu negara itu, Brigadier Ahmed Shiyam memberitahu pemberita bahawa Nasheed bersetuju untuk meletak jawatan dan menyerahkan kuasa presiden kepada Naib Presiden Mohammed Waheed Hassan. Tiada komen daripada Nasheed. Peletakan jawatan berlaku selepas bantahan selama beberapa minggu di negara pulau Lautan Hindi itu yang dikenali kerana resort pantai yang mewah berbanding masalah politik.Ia juga menandakan sesuatu yang memeranjatkan bagi Nasheed, seorang bekas aktivis hak asasi yang mengalahkan pemerintah sejak sekian lama di negara itu dalam pilihan raya pertama di negara berkenaan. Nasheed juga seorang selebriti alam sekitar, yang mengembara ke seluruh dunia untuk menggalakkan kerajaan menangani perubahan iklim yang akan menyaksikan paras laut meningkat dan tenggelamnya negara kepulauan beliau. Nasheed menimbulkan kemarahan umum selepas beliau mengarahkan tentera menahan Abdulla Mohammed, ketua hakim Mahkamah Jenayah. Penahanan Abdullah dibuat selepas hakim mengarahkan pembebasan seorang pengkritik kerajaan kerana menyifatkan penahanan beliau sebagai tidak sah.
Kerajaan mendakwa bahawa hakim itu berat sebelah dalam politik dan menerima rasuah. Katanya bahawa sistem perundangan negara itu gagal dan menggesa PBB untuk membantu menangani krisis berkenaan. Selepas seminggu bantahan, krisis terbabit menjadi genting pada Selasa apabila beratus-ratus polis memulakan demonstrasi di ibu negara Male, selepas pihak berkuasa mengarahkan mereka untuk menarik balik perlindungan bagi kerajaan dan penyokong pembangkang mula membantah berhampiran antara satu sama lain. Ia menyebabkan satu pertempuran yang mencederakan sekurang-kurangnya tiga orang. Pihak tentera kemudian menembak peluru getah dan berlaku pertempuran dengan polis. Ketika Nasheed melawat polis dan menggesa menamatkan bantahan, pasukan keselamatan itu enggan sebaliknya melaungkan presiden terbabit meletak jawatan. – AP |
Kapten kapal Costa Concordia boleh dipenjara 2,500 tahun Posted: 07 Feb 2012 03:03 PM PST Dunia Francesco Schettino Tempoh hukuman itu dikira oleh akhbar Itali, yang menambah hukuman penjara yang dihadapi Schettino jika disabitkan bersalah atas semua tuduhan yang dikenakan terhadapnya. Dia berdepan hukuman penjara lapan tahun bagi setiap seorang daripada 300 penumpang dan krew yang ditinggalkan di atas kapal berkenaan ketika ia karam di perairan pulau Giglio pada malam 13 Januari lalu. Schettino, dilaporkan melarikan diri dengan bot keselamatan dan menyaksikan usaha menyelamat dijalankan dari pantai. Schettino berdepan tambahan 15 tahun penjara jika disabitkan bersalah menyebabkan kematian dan 10 tahun jika didapati bersalah menyebabkan kemalangan itu.Seramai 32 orang dikhuatiri mati dalam kemalangan itu, yang berlaku ketika kapal berkenaan belayar terlalu dekat dengan pantai Giglio yang berbatu pada awal pelayaran ke Mediterranean. Mahkamah di Florence kelmarin mendengar permohonan pendakwa dalam kes memindahkan Schettino, 52, dari dikenakan tahanan dalam rumah ke penjara.
"Tidak mungkin dia melakukan jenayah lagi kerana buat masa ini mustahil dia diberi arahan mengemudikan kapal. Kami harap mahkamah akan membebaskannya," kata peguamnya, Salvatore Parascandola. Mahkamah akan membuat keputusan mengenai perkara itu Khamis. – Agensi |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan