Sabtu, 14 Januari 2012

Utusan Online - Luar Negara

Utusan Online - Luar Negara


Peminat 1Phone 4S berang

Posted:

Peminat 1Phone 4S berang

Peminat 1Phone 4S berang

BEIJING 14 Jan. - Sebilangan peminat gajet Apple naik berang, selepas pelancaran telefon pintar iPhone 4S dibatalkan berikutan kehadiran pelanggan yang terlalu ramai.

Sehubungan itu, orang ramai bertindak membaling telur ke arah kedai rangkaian Apple di sebuah pusat beli belah di daerah Sanlitun, semalam.

Beratus-ratus pelanggan termasuk antara 20 dan 30 pekerja asing yang diupah sanggup beratur dalam keadaan cuaca sejuk bagi menunggu pelancaran gajet tersebut.

Apabila kedai yang dijangka dibuka pada pukul 7 pagi waktu tempatan itu tidak dibuka dan pelancaran telefon pintar itu dibatalkan, orang ramai mula naik berang lalu membaling telur ke arah premis terbabit.

Sehubungan itu, polis mengarahkan orang ramai meninggalkan kawasan premis dan menutupnya dengan meletakkan pita kuning.

Menurut jurucakap Apple, Carolyn Wu, jumlah pelanggan yang terlalu ramai menyebabkan stok telefon terbabit tidak mencukupi.

"Premis Apple di pusat beli belah Sanlitun tidak akan dibuka dan iPhone 4S tidak akan dijual buat sementara waktu di rangkaian kedai Apple di Beijing dan Shanghai berikutan jumlah pelanggan yang terlalu ramai, namun orang ramai boleh menempahnya secara dalam talian," katanya. - AGENSI

Full content generated by Get Full RSS.

Presiden Taiwan menang

Posted:

Presiden Taiwan menang

Presiden Taiwan menang

TAIPEI 14 Jan. - Parti pemerintah Taiwan, Parti Nasionalis mencatat kemenangan dalam pilihan raya Presiden negara ini hari ini, sekali gus mengekalkan Ma Ying-jeou sebagai Presiden bagi penggal kedua.

Ying-jeou, 61, menewaskan dua pencabar lain, Tsai Ing-wen daripada Parti Demokratik Progresif (DPP) dengan kelebihan undi kira-kira enam peratus daripada kira-kira 80 peratus undi yang dikira dan James Soong, tokoh penting Parti Utama Rakyat (PFP) yang hanya memperolehi 2.8 peratus undi.

Pengundi tertarik dengan wawasan Ying-jeou yang memperjuangkan hubungan yang lebih baik dengan China.

Selain pemilihan Presiden, kira-kira 18 juta pengundi layak memilih 113 anggota Parlimen negara pulau ini, yang kini didominasi Parti Nasionalis dalam satu keputusan penting yang boleh menyaksikan polisi masa depan Taiwan dipercepatkan atau dihentikan.

Selain itu, China dan Amerika Syarikat (AS) mengikuti perkembangan pilihan raya di Taiwan itu dengan penuh minat.

Kebanyakan penganalisis menjangkakan bilangan yang keluar mengundi mungkin tinggi, memandangkan kira-kira 200,000 rakyat Taiwan yang berada di luar negara turut pulang untuk menunaikan tanggungjawab mereka. - Reuters

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan