Sabtu, 7 Januari 2012

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Kulit, tulang harimau dalam kotak pos

Posted: 06 Jan 2012 08:39 AM PST

BANGKOK: Pegawai Kastam Thailand semalam merampas empat kotak mengandungi kulit dan tulang harimau yang diseludup bernilai beribu-ribu dollar yang dihantar melalui pos, dipercayai untuk dijadikan dekorasi hiasan dalaman.

Ketua Pengarah Kastam Diraja Thailand, Somchai Poolsawasdi berkata, bahagian badan lain harimau yang ditemui awal minggu ini, dipercayai datang dari Indonesia dan mungkin akan dihantar ke China.

"Ada empat kotak dan setiap kotak mengandungi satu kulit harimau, tulang dan tengkorak. Setiap kotak itu beratnya lima kilogram," katanya.

Katanya, kesemua kotak itu dipercayai dihantar oleh kumpulan penyeludup melalui Mae Sai di utara Thai land dan sampai ke pejabat pos besar di Bangkok, di mana pegawai Kastam menerima maklumat itu.


"Cara mereka memproses harimau ini, saya rasa ia adalah untuk perabot ataupun hiasan," katanya.


Kumpulan antipenyeludupan, Freeland, berkata, bahagian harimau itu bernilai kira-kira AS$60,000 (RM 188,760). - Bangkok Post



Full content generated by Get Full RSS.

Kekasih saksi anak dibunuh

Posted: 06 Jan 2012 08:37 AM PST

LONDON: Seorang wanita Norway melemaskan anaknya berusia setahun dalam baldi dengan disaksikan oleh teman lelakinya di Britain menerusi Internet.

Yasmin Chaudhry membenamkan anaknya dengan kepala dulu pada jam 3 pagi dengan disaksikan oleh kekasihnya itu menerusi panggilan Skype.


Yasmin, 26, berkata, lelaki itu ingin tahu bagaimana dia mendisiplinkan anaknya kerana terjaga pada awal pagi dan 'tidak ikut arahannya.' Baik Yasmin mahupun lelaki Britain itu, yang bukan bapa kanak-kanak berkenaan dan masih belum didedahkan namanya, menafikan mempunyai niat untuk membunuh budak itu. Penyiasat dari Oslo, tiba di Britain untuk menyoalsiasat lelaki itu dengan bantuan Scotland Yard, sejurus selepas Krismas lalu.

Jurucakap Polis, Kristin Rusdel berkata: "Kedua-duanya mempunyai cerita yang sama tetapi sedikit berbeza.


"Wanita itu berkata, lelaki berkenaan yang mengarahkannya berbuat demikian. Lelaki itu pula berkata, mereka mengambil tindakan itu selepas berbincang mengenai cara untuk mendisiplinkan kanak-kanak berkenaan.


"Lelaki itu berkata, tujuannya bukan untuk membunuh kanak-kanak itu. Mereka sama-sama takut dan mengambil keputusan untuk menyembunyikan kejadian itu.

"Dia adalah kekasih Internetnya. Mereka pernah bertemu sekali dan meneruskan hubungan menerusi Internet untuk kira-kira setahun." Kejadian itu berlaku pada Oktober 2010. Yasmin memberitahu anggota ambulans, anaknya jatuh ke dalam baldi secara tidak sengaja. Kanak-kanak berkenaan disahkan mati keesokannya.


Yasmin ditahan kerana disyaki membunuh dan anak lelakinya berusia lima tahun diserahkan kepada pihak berkuasa.

Semalam, penahanannya dilanjutkan hingga 4 Februari. Bapa kanak-kanak itu kini menetap di Pakistan selepas bercerai dengan Yasmin.


Peguamnya berkata di Islamabad: "Dia sudah tentu terkejut." - Agensi



Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan