Sabtu, 7 Januari 2012

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Israel akui pendatang Yahudi pengganas

Posted: 07 Jan 2012 03:00 PM PST

Dunia

Peneroka bersikap militan serang askar Israel ketika ceroboh tanah penduduk Palestin

PADA 20 Mei tahun lalu, pendatang Yahudi yang melawat Makam Nabi Yusuf di Nablus, Tebing Barat terbabit dalam satu kejadian tolak-menolak dengan Pasukan Pertahanan Israel (IDF) yang dikerah melindungi mereka.

Dalam tempoh hanya beberapa minit, konfrontasi memuncak menyebabkan beberapa askar ditumbuk kumpulan berkenaan yang turut melontar batu. Video insiden itu di YouTube mula tersebar di internet atas permintaan IDF sendiri. Kejadian di Nablus adalah antara konfrontasi yang pertama antara pendatang dan tentera Israel sendiri, sekali gus memberi kejutan kepada askar.

Brig Jen Yoav Mordechai menyifatkan pendatang berkenaan sebagai 'penjenayah tidak bertanggungjawab' dan menegaskan bahawa anggota IDF di Tebing Barat dikerah melindungi pendatang daripada 'pengganas'.

Mesej beliau adalah jelas iaitu sikap pendatang meletakkan nyawa tentera dalam bahaya.

Kenyataan Mordechai itu pastinya membawa senyuman sinis kepada penduduk Palestin berhampiran Nablus di mana tanaman zaitun mereka dibakar dan masjid dirosakkan kumpulan peneroka yang sama menyerang pasukan IDF.
Tetapi insiden di Makam Nabi Yusuf itu hanyalah satu permulaan, sepanjang Julai dan Ogos, penduduk dari Yitzhar – kawasan panas pendatang ekstrem – mencetus beberapa pergaduhan dengan IDF sehingga pada Ogos, satu kejadian membaling batu oleh pendatang Yahudi terhadap rakyat Palestin sukar dikawal dan IDF terpaksa membawa penduduk Palestin menjauhi kumpulan terbabit dalam usaha melindungi mereka daripada keganasan pendatang terbabit.

"Ia suatu adegan yang menakjubkan," kata seorang penganjur protes Palestin yang menyaksikan insiden itu ketika melawat Washington, baru-baru ini.

"Pada satu ketika, seorang daripada komander IDF itu datang kepada saya dan berkata: "Kenapa anda semua tidak membantu saya dan tembak saja mereka ini?"

Perbalahan antara pendatang dengan IDF merebak sejak beberapa minggu, mencetuskan kebimbangan terhadap pertubuhan pertaha-nan Israel itu. Ketika belum ada pegawai kanan Israel dipilih kerana belum mencadangkan bahawa program peluasan penerokaan itu perlu dikaji semula, sudut pandangan itu mendapat sokongan dari seluruh negara Yahudi berkenaan. Lagipun, matlamat tidak bertulis pendatang ialah menyekat penubuhan negara Palestin, bukannya untuk menyokong konflik dalaman.

Kini, terutama jika perbalahan itu berterusan (atau mungkin memuncak) pihak berkuasa Israel perlu bertanyakan sendiri sama ada satu langkah bijak untuk meneruskan program yang menyebabkan pendatang Yahudi menjadi ancaman sama penduduk Palestin. Penduduk Palestin sudah menyedari keadaan itu.

Ditanya mengenai perbalahan antara peneroka dan IDF berhampiran Nablus, seorang ahli perundangan Palestin menolak soalan mengenai sama ada Abu Mazen akan kembali ke meja rundingan: "Apa yang perlu kita lakukan adalah duduk dan lihat," katanya.

"Saya rasa sudah tiba masa untuk berterus terang," kata seorang pegawai veteran IDF dalam satu perbualan telefon mengenai insiden Nablus itu.

"Ia mungkin baru di Amerika tetapi bukan lagi rahsia di Israel. Ini adalah krisis sebenar. Apa yang kita hadapi di sini adalah kelahiran sebuah negara dalam sebuah negara. Kelahiran Yahudi Hizbullah."

Bekas pegawai ini membuat spekulasi mengenai apa yang muncul di Tebing Barat adalah 'satu penyelesaian tiga negara: Israel, pihak berkuasa Palestin dan di antara mereka, sebuah negara peneroka.

Yehuda Shaul, seorang penganjur Breaking The Silence, sebuah kumpulan tentera IDF komited dalam menyiarkan realiti sebagai seorang askar Israel di Tebing Barat adalah bersedia tetapi turut mengesahkan bahawa siri perbalahan antara peneroka dan IDF menjejaskan tentera Israel.

"IDF adalah di Tebing Barat untuk mengawal berpuluh ribu penduduk Palestin," katanya, tetapi mereka lebih bermasalah mengawal pendatang. Ia sesuatu yang ironi. – Agensi

Full content generated by Get Full RSS.

2012 antara tahun terpanas

Posted: 07 Jan 2012 02:48 PM PST

Dunia

La Nina, pemanasan global punca suhu melonjak ke paras tinggi

LONDON: Tahun 2012 diramalkan akan menjadi antara 10 tahun yang paling panas dalam tempoh 160 tahun, sejak 1850, lebih panas berbanding tahun lalu.

Tahun ini juga dilaporkan bakal menjadi tempoh paling panas kali ke sembilan bagi India sejak 1901. Saintis kaji cuaca meramalkan, suhu pada 2012 adalah 0.48 darjah Celsius lebih panas berbanding purata suhu sepanjang tahun lalu. Ketua jabatan ramalan cuaca Britain, Adam Scaife berkata walaupun 2010 direkodkan sebagai tahun 'hangat', 2011 menyaksikan fenomena La Nina yang kuat dan secara tidak langsung mempengaruhi keadaan cuaca antarabangsa.

"La Nina kembali semula. Walaupun ia tidak sekuat seperti awal tahun lalu, ia masih memberi pengaruh ke atas suhu pada tahun mendatang. Berikutan itu, kami meramalkan 2012 sebagai tahun yang lebih panas berbanding tahun lalu, tetapi tidak sepanas tahun 2010," katanya.

Beliau berkata, 2010 dilihat sebagai tahun paling panas di seluruh dunia dengan suhu berada pada paras 0.53 darjah Celsius melebihi paras biasa, disusuli tahun 2005, 1998, 2003, 2002, 2009, 2006, 2007, 2001 dan 2011. Pada 2001 dan 2011, suhu berada pada paras 0.41 darjah Celsius melebihi purata 14 darjah.

Setiausaha Pertubuhan Kaji Cuaca Dunia (WMO), Michel Jarraud berkata pengaliran gas rumah hijau ke atmosfera juga semakin bertambah, di sebalik pelbagai usaha dan kempen di seluruh dunia untuk mengurangkannya.
"Keadaan ini menyebabkan peningkatan suhu antara 2 hingga 2.4 darjah Celsius bagi purata suhu dunia. Saintis percaya ini akan menyebabkan perubahan besar kepada keadaan tanah, alam sekitar dan lautan," katanya.

Sementara itu, ketua pengarah Jabatan Meteorologi India, Dr Ajit Tyagi berkata suhu menjadi semakin tinggi sejak dekad lalu berikutan pemanasan global.

Bagaimanapun, ramalan terbaru mengenai suhu di India dijangka tidak membimbangkan negara itu, kerana di kebanyakan wilayahnya setakat ini, suhu berada pada paras hampir normal kecuali di Jammu dan Kashmir, Himachal Pradesh, Nagaland, Manipur, Mizoram dan Tripura yang berada pada paras satu darjah Celsius berbanding tahap biasa.

"Suhu yang lebih tinggi dijangka mempengaruhi angin monsun di India dan ini adalah sesuatu yang positif. Kami mungkin tidak menghadapi banjir buruk atau hujan yang terlalu lebat. Pada masa sama, masih terlalu awal untuk membuat ramalan, jadi pemantauan rapi terus dilakukan," katanya. – Agensi

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan