Selasa, 10 Januari 2012

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Cantona mahu jadi Presiden Perancis

Posted: 10 Jan 2012 11:42 AM PST

[unable to retrieve full-text content]PARIS: Bekas pemain bola sepak terkenal Perancis, Eric Cantona, yang bergelar aktor kini bercita-cita untuk merebut jawatan tertinggi negara itu dalam pilihan raya tahun ini dengan menyatakan keazamannnya menangani isu perumahan.

Obama tetap mahu tutup Guantanamo

Posted: 10 Jan 2012 11:35 AM PST

Dunia

PENUNJUK perasaan anti pusat tahanan Guantanamo, Brian Torrell, membuat bantahan menuntutnya ditangkap menjelang ulang tahun ke-10 pusat tahanan itu.

PENUNJUK perasaan anti pusat tahanan Guantanamo, Brian Torrell, membuat bantahan menuntutnya ditangkap menjelang ulang tahun ke-10 pusat tahanan itu.

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama masih berazam menutup pusat tahanan Teluk Guantanamo, di sebalik kegagalan berbuat demikian menjelang ulang tahun ke-10 pusat tahanan itu minggu ini.

"Komitmen presiden untuk menutup Teluk Guantanamo masih kukuh hari ini sama seperti ketika kempen pada 2008.

"Kita semua sedar halangan untuk melakukannya secepat yang dimahukan presiden tetapi komitmennya tidak berubah," kata jurucakap Rumah Putih, Jay Carney. Antara kata-kata Obama paling diingati beberapa jam selepas mengangkat sumpah sebagai Presiden pada 2009 apabila mengisytiharkan mahu menutup pusat tahanan itu dalam masa setahun.
Malah, Obama menyifatkan kewujudan pusat tahanan itu digunakan sebagai alat merekrut pengganas dan membahayakan keselamatan dalaman Amerika.

Namun, Obama gagal menunaikan janjinya selepas berdepan tentangan hebat anggota Kongres untuk memindahkan banduan ke Amerika dan mengadakan perbicaraan sivil untuk suspek utama al-Qaeda.

Pun begitu, Carney menegaskan, Obama, pegawai atasan keselamatan dalam negeri dan pegawai kanan tentera masih percaya penutupan kem tahanan Teluk Guantanamo sejajar dengan kepentingan Amerika.
"Kami akan terus memegang pada komitmen itu dan berusaha untuk memenuhinya," kata Carney.

Disebabkan tentangan hebat menutup kem itu yang bertempat di pangkalan Amerika di tenggara Cuba, dan tekanan politik ketika tahun pilihan raya, penutupan kem tahanan itu mungkin tidak menjadi kenyataan dalam masa terdekat.

Beberapa perancang utama serangan 11 September 2001 adalah antara 171 tahanan yang berada di kem berkenaan dan menanti perbicaraan tribunal tentera di situ.
Pangkalan tentera laut Amerika di Teluk Guantanamo, Cuba menyambut banduan pertama pada 11 Januari 2002. – AFP

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan