Utusan Online - Luar Negara |
Posted: Kedatangan Tahun BaruBANDAR Raya Sydney bergemerlapan dengan cahaya bunga api sempena sambutan Tahun Baru, malam tadi. - AGENSI SYDNEY 31 Dis. - Pertunjukan bunga api yang menakjubkan menghiasi sambutan Tahun Baru di seluruh dunia, ketika berbilion-bilion penduduk dunia dari Sydney hingga ke Stockholm berhimpun bagi meraikan kedatangan 2012. Dari Dataran Times Square, New York hingga ke Brandenburg, Berlin dan Hong Kong, orang ramai berhimpun untuk menyaksikan pertunjukan bunga api dengan diiringi persembahan muzik dan pelbagai pesta bagi meraikan ketibaan Tahun Baru. Di AUSTRALIA, lebih 1.5 juta orang berkumpul sepanjang Sydney Harbour untuk menyaksikan pertunjukan bunga api dengan berlatar belakangkan Sydney Harbour Bridge. Sejak awal petang lagi beribu-ribu orang telah menunggu untuk menyaksikan pertunjukan bunga api itu yang melibatkan tujuh tan bahan letupan yang menerangi ruang udara di bandar raya tersebut tengah malam ini. Di LONDON, lebih 250,000 orang berhimpun di Sungai Thames, manakala berpuluh-puluh ribu penduduk Paris berkumpul di Champs Elysees untuk meraikan perayaan yang dikenali sebagai la Fete de Saint-Sylvestre di negara itu sempena Tahun Baru. Di JEPUN yang masih menderita akibat kesan gempa bumi pada 11 Mac lalu menyaksikan orang ramai berhimpun di tempat-tempat suci. Di FILIPINA, secara tradisi, rakyat Filipina akan meraikan Tahun Baru dengan letupan mercun dan berparti tetapi tidak ada sebarang perayaan dirancang di pusat-pusat pemindahan banjir yang menempatkan lebih 73,000 daripada 465,000 mangsa taufan dua minggu lalu. - AFP |
Taufan Thane landa India, 49 maut Posted: Taufan Thane landa India, 49 mautCHENNAI 31 Dis. - Sekurang-kurangnya 49 orang terbunuh apabila Taufan Thane melanda selatan India, menurut pegawai, hari ini ketika jurutera bergelut untuk memulihkan bekalan elektrik. Taufan Thane yang membawa angin selaju 140 kilometer sejam melanda perairan antara Cuddalore di Tamil Nadu dan wilayah Pondicherry, semalam. Pegawai daerah, V. Amuvalli berkata, sekurang-kurangnya 21 orang terbunuh di Cuddalore akibat taufan yang disifatkannya sebagai paling dahsyat yang pernah melanda kawasan itu. "Kebanyakan mangsa terkorban akibat terkena renjatan elektrik dan dihempap runtuhan bangunan," katanya. Lima lagi kematian dilaporkan di Tamil Nadu, menurut seorang pegawai di Chennai. Jurutera, kini bertungkus-lumus memulihkan talian telefon dan bekalan elektrik yang terputus akibat taufan itu. Taufan itu dilaporkan semakin reda hari ini. Perkhidmatan kereta api dan penerbangan pula dilaporkan kembali berjalan seperti biasa, hari ini. - AFP |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan