Sabtu, 31 Disember 2011

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


China rancang hantar angkasawan ke bulan

Posted: 31 Dec 2011 02:19 PM PST

Dunia

Beijing mahu muncul negara utama ke angkasa lepas

BEIJING: China merancang untuk menghantar manusia ke permukaan bulan selepas kali terakhir manusia menjejaki bulan kira-kira hampir 40 tahun lalu.

Cadangan menghantar angkasawan ke bulan itu dinyatakan dalam satu dokumen yang diterbitkan Kerajaan China yang mengesahkan rancangan negara itu untuk muncul sebagai sebuah negara utama ke angkasa lepas. Pihak berkuasa China sebelum ini bercakap mengenai impian mereka bagi memiliki misi ke bulan tetapi dokumen kerajaan itu adalah yang pertama menyatakan secara rasmi sasaran agensi angkasa lepas negara itu.

Maklumat lanjut mengenai rancangan yang akan menyaksikan seorang manusia berjalan di bulan buat kali pertama selepas Apollo 17 pada Disember 1972 disiarkan dalam satu kertas putih sebagai satu panduan untuk ekspedisi angkasa lepas China bagi lima tahun akan datang. Ia menyatakan China akan meneruskan projek menghantar kapal angkasa manusia dan melakukan penemuan teknologi, membentuk satu yayasan bagi kapal angkasa manusia pada masa depan dan menyifatkan persediaan itu bagi makmal orbit, stesen angkasa lepas dan kajian terhadap rancangan bagi pendaratan manusia di bulan.

"Rakyat China adalah sama seperti manusia di seluruh dunia. Apabila mendongak ke langit berbintang, kami impikan alam semesta," kata Zhang Wei, seorang pegawai di Pentadbiran Angkasa Lepas Kebangsaan China kepada Financial Times.

Pihak berkuasa China belum mengumumkan masanya, tetapi misi itu mungkin akan mengambil masa sekitar tahun 2025, kata Ketua Saintis Program Angkasa Lepas, Ye Peijian, tahun lalu.

Cita-cita China ke angkasa lepas bertentangan dengan ketidakselesaan yang dialami agensi angkasa lepas Amerika Syarikat, NASA yang hilang keupayaan menghantar angkasawan ke angkasa lepas dengan persaraan kapal angkasa pada Julai.
Di bawah rancangan oleh pentadbiran Obama, angkasawan Amerika Syarikat perlu menumpang ke angkasa lepas menggunakan roket Soyuz Russia sehingga syarikat angkasa lepas persendirian Amerika Syarikat boleh mengambil alih tugas berkenaan.

Strategi itu bertujuan untuk membiarkan NASA bebas bagi menumpukan kepada roket baru untuk membawa angkasawan keluar dari orbit Bumi.

Kebangkitan China sebagai sebuah negara angkasa lepas memerlukan banyak program pelaburan dan pembangunan sejak tahun 1950-an.

Ketika Amerika Syarikat dan Russia ke hadapan selama beberapa dekad dari segi teknologi dan pakar, kedua-dua program angkasa lepas negara itu mengalami perubahan keutamaan kerajaan yang menggantikannya.

"China amat serius di mana sejarah menunjukkan mereka percaya kepada kesan perubahan permainan," kata Profesor Ken Pounds, tokoh penyelidik di Pusat Penyelidikan Angkasa Lepas United Kingdom di Leicester University.

"Komunikasi moden akan membenarkan pengalaman beroperasi di permukaan bulan untuk dihantar melalui bilik darjah dan ruang tamu dengan kesan sosial politik seluruh dunia." – Agensi

Full content generated by Get Full RSS.

Samoa, negara pertama rai 2012

Posted: 31 Dec 2011 02:19 PM PST

Dunia

APIA: Majlis sambutan tahun baru bermula sepanjang hari lebih awal di negara kepulauan Pasifik Selatan, Samoa, selepas negara itu melompat garisan tarikh antarabangsa yang membawa ia 24 jam ke depan, menjadikan ia adalah negara pertama di dunia yang meraikan tahun baru 2012.

Penduduk Samoa memulakan sambutan dengan persembahan bunga api menjelang tengah malam Khamis 29 Disember apabila negara itu dilaporkan melompat hari Jumaat dan terus memasuki tahun baru pada 31 Disember semalam.

Samoa dan negara jiran Tokelau berada berhampiran garisan tarikh secara bersilang merentasi Lautan Pasifik dan kedua-dua pulau itu memutuskan untuk mengalihkan sendiri tahun mereka daripada mengikut sebelah Amerika kepada garisan di sebelah Asia, untuk menyamai dengan rakan kongsi perdagangan utama mereka. Lompatan masa di Samoa ini berterusan sepanjang Sabtu apabila ia memasuki 2012. Kolam renang dan pantai di ibu negaranya, Apia, dipenuhi penduduk dan pelancong yang meraikan kedudukan negara itu sebagai yang pertama meraikan tahun baru berbanding sebelum ini mereka adalah yang terakhir.

Walaupun pelbagai pesta diadakan, polis Samoa berkata mereka tiada laporan membabitkan masalah.

"Lebih 90 peratus daripada penduduk kami amat menghargai perubahan ini," kata seorang pegawai yang enggan dinamakan. – AP

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan