Utusan Online - Luar Negara |
Bahrain tubuh inkuiri siasatan Posted: Bahrain tubuh inkuiri siasatanDUBAI 9 Dis. - Bahrain mengarahkan pendakwa raya awam untuk menyiasat semua kes kematian dan penderaan melibatkan penunjuk perasaan yang membabitkan polis sebagai sebahagian daripada usaha perdamaian politik selepas tindakan kekerasan ke atas penunjuk perasaan awal tahun ini. Menurut agensi berita kerajaan, BNA semalam, langkah itu diambil selepas cadangan suruhanjaya penyiasatan ditubuhkan oleh kerajaan untuk menyiasat pergolakan di negara Teluk itu. Beribu-ribu rakyat Bahrain berhimpun di jalan-jalan raya pada Februari dan Mac lalu untuk menuntut ditamatkan kerajaan pimpinan keluarga Khalifa selepas dirangsang oleh revolusi di Tunisia. Menteri Dalam Negeri, Sheikh Rashed bin Abdullah al-Khalifa mengeluarkan arahan itu membabitkan kes berkaitan kematian, penderaan dan tindakan kejam oleh polis terhadap penunjuk perasaan untuk dirujuk kepada Pendakwa Raya Awam." lapor BNA. Sheikh Rashed turut mengarahkan supaya kamera-kamera dipasang bagi 'memastikan semua soal siasat ke atas tahanan oleh pegawai dirakam'. Panel inkuiri mengakui terdapat lima orang telah diseksa hingga mati tetapi menyatakan tidak ada polisi rasmi mengenai penganiayaan penunjuk perasaan. Sheikh Rashed sebelum ini menandatangani satu perjanjian dengan Jawatankuasa Antarabangsa bagi Bulan Sabit Merah untuk membangunkan dasar lebih bertanggungjawab dan mewujudkan keseimbangan antara keselamatan dan komitmen kepada hak kemanusiaan. Menurut memorendum itu, Kementerian Dalam Negeri akan membenarkan jawatankuasa itu melawat banduan dan pusat tahanan. - REUTERS |
Iran dakwa tembak jatuh pesawat drone Amerika Posted: Iran dakwa tembak jatuh pesawat drone AmerikaGambar merakamkan seorang anggota Pengawal Revolusi Iran menunjuk ke arah pesawat drone RQ-170 milik AS ketika bercakap dengan Komander Pengawal Revolusi Iran, Amirali Hajizadeh (kanan) di lokasi yang tidak dikenal pasti di Iran. - REUTERS TEHERAN 9 Dis. - Televisyen milik kerajaan Iran semalam menyiarkan video yang mereka dakwa sebagai pesawat drone (tanpa juruterbang) milik Amerika Syarikat (AS) yang ditembak jatuh awal minggu ini. Rakaman video lebih dua minit itu menunjukkan pegawai tentera Iran memeriksa pesawat yang dikenal pasti sebagai drone RQ-170 Sentinel milik AS. Pesawat berwarna krim tersebut kelihatan berada alam keadaan baik dan tidak rosak. Ketua Jabatan Aeroangkasa Pengawal Revolusi Iran, Jeneral Ami Ali Hajizadeh berkata, tentera Iran menembak jatuh pesawat itu menggunakan serangan hendap elektronik yang mengakibatkan kerosakan minimum. "Ia ditembak jatuh ketika misi bersama antara Pengawal Revolusi Iran dan pasukan tentera biasa Iran," katanya kepada televisyen itu. Stesen radio Iran, sebelum ini melaporkan, pesawat yang tidak dikenali dikesan di ruang udara bandar Kashmar, kira-kira 225 kilometer dari sempadan Afghanistan. Teheran menggunakan rakaman itu sebagai bahan propaganda dengan banner yang kelihatan dalam rakaman video tertulis 'AS tidak boleh melakukan sesuatu yang buruk kepada Iran', kenyataan yang dipetik daripada bekas pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Rouhollah Khomeini. Beberapa pakar barat mempersoalkan rakaman video itu. - AP |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan