Jumaat, 9 Disember 2011

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Gambar bogel Lindsay tersebar

Posted: 08 Dec 2011 08:42 AM PST

LOS ANGELES: Tidak boleh dinafikan dia adalah bintang paling berprofil tinggi dan kontroversi untuk bersetuju menjadi hiasan muka depan majalah Playboy.

Namun, rancangan Lindsay Lohan untuk membuat pengumuman besar-besaran mengenai gambar bogelnya di muka depan majalah itu terjejas apabila muka depan edisi terbaru majalah itu tersebar di Internet.

Aktres berusia 25 tahun itu dilihat duduk di atas kerusi berbentuk arnab Playboy yang membolehkan dia melindungi kehormatannya. Bagaimanapun, bentuk payu daranya terdedah.

Lindsay yang dilapor mendapat bayaran sebanyal AS$1 juta (RM3.1 juta) untuk penggambaran itu, sebelum ini merancang mendedahkan gambar bogelnya di muka depan Playboy menerusi rancangan Ellen DeGeneres pada 15 Disember.


Aktres itu terpaksa menjalani penggambaran dua kali untuk muncul dalam majalah itu selepas cubaan asal tidak memuaskan hati ketua Playboy, Hugh Hefner.


Bercakap mengenai penggambaran itu yang akan terbit dalam edisi Januari/Februari, Hefner bercerita mengenai inspirasi di sebalik nya.

"Ia satu penghormatan klasik yang didorong oleh gambar bogel Marilyn Monroe yang dirakam oleh Tom Kelley," kata Hefner, dipetik oleh akhbar New York Post.

"Hasilnya amat baik. Mulanya saya kurang berpuas hati tetapi selepas kali kedua, saya berpendapat ia akan menjadi amat menarik," kata ketua Playboy itu.

Ketika menjalani penggambaran itu, ibu Lindsay, Dina Lohan berkata, ia dilakukan dengan begitu baik. - Agensi

Full content generated by Get Full RSS.

Wartawan ESPN kena intip kemuka saman malu

Posted: 08 Dec 2011 08:36 AM PST

NASHVILLE: Wartawan ESPN, Erin Andrews mengemukakan saman baru berjumlah AS$10 juta (RM31 juta) berhubung kejadian 2008 yang menyaksikan dia dirakam dalam keadaan telanjang menerusi lubang kunci di bilik sebuah hotel di Nashville.

Erin, antara wartawan paling popular rangkaian televisyen itu, menuntut AS$6 juta di samping kos dan kadar faedah daripada Hotel West End Marriott dan AS$4 juta lagi daripada Michael Barrett yang mengaku bersalah menghendapnya.


Barrett yang berasal dari Chicago sudah pun dijatuhi hukuman penjara dua setengah tahun pada tahun lalu.

Menurut rekod Mahkamah Davidson County Circuit, saman itu mulanya difailkan tahun lalu tetapi difailkan semula bagi memastikan had yang dituntut tidak terjejas.


Pada perbicaraan menjatuhkan hukuman terhadap Barrett, Erin berkata, dia masih dihantui kebimbangan dan malu untuk berdepan dengan orang ramai selepas kejadian.


"Saya menjadi mangsa setiap hari dan saya tidak melakukan kesalahan untuk menjadi begitu," kata wartawan berkenaan.

Menurut Erin, hotel itu bersalah kerana cuai sehingga membolehkan Barrett menghendapnya. - AFP

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan