Kosmo Online - Dunia |
- Video pemuda Malaysia sentuh perasaan selebriti AS
- Band U2 peroleh pendapatan paling tinggi
- Hotel ais jadi tumpuan di Romania
Video pemuda Malaysia sentuh perasaan selebriti AS Posted: Video pemuda Malaysia sentuh perasaan selebriti AS
KUALA LUMPUR, Malaysia - Satu klip video yang menunjukkan seorang rakyat Malaysia, Timothy Tiah melamar teman wanitanya telah memenangi hati ramai selebriti Amerika Syarikat (AS) termasuk hos rancangan pertandingan nyanyian American Idol, Ryan Seacrest dan penyanyi Christina Perri. Seacrest memuji klip video berkenaan sebagai menyentuh perasaan manakala Perri, 27, yang popular dengan lagu Jar of Hearts mengaku ia membuatkan dia menangis. "Saya menangis dan tersenyum pada masa yang sama!" kata Perri dalam komen di akaun Twitter miliknya. Perri menyatakan bahawa dia menganggap lagunya, A Thousand Years yang digunakan dalam klip video berkenaan sebagai satu penghormatan buat dirinya. Pujian dua selebriti itu membantu klip video berkenaan ditonton hampir empat juta kali dalam tempoh seminggu klip video itu dimuatkan di laman sosial termasuk YouTube sekali gus menjadikan Tiah dan kini tunangnya, Audrey Ooi, 26, sebagai contoh kepada pasangan kekasih di seluruh dunia. Memiliki kerjaya sebagai usahawan Internet, Tiah yang berusia 27 tahun berkata, dia sebelum ini tidak berminat untuk berkahwin selepas banyak mendengar kisah keruntuhan rumah tangga rakan-rakannya. "Namun, saya menyedari tiada gadis lain yang menawan hati saya seperti yang dilakukan Ooi. Tidak ada gadis lain yang saya pernah terfikir dalam pertimbangan untuk dikahwini," kata Tiah kelmarin. Klip video berkenaan memainkan lagu balad popular Perri, A Thousand Years dan dirakam oleh sebuah syarikat pengurusan perkahwinan. Video itu menunjukkan Tiah membuat kejutan semasa Ooi makan malam bersama dengan rakan-rakan di sebuah restoran Itali di Kuala Lumpur pada 30 November lalu. Ia menunjukkan Tiah dengan gementar berjalan memasuki pintu berkaca restoran itu dam melambaikan tangan untuk mendapatkan perhatian Ooi di restoran. Ooi kelihatan bingung semasa Tiah yang tersenyum memegang beberapa poster yang mengandungi mesej dan kini menjadi popular di online. Salah satu poster itu menyatakan: "Jika anda sukakannya, kenapa anda tidak menyarungkan sebentuk cincin." Sebelum poster itu ditunjukkan, Tiah menunjukkan Ooi sekeping gambar watak animasi Puss in Boots dengan mata seperti merayu dengan ayat: "Sudikah anda berkahwin dengan saya." Klip video lima minit itu berakhir dengan Tiah melutut dan menawarkan Ooi sebentuk cincin dan bunga. Ooi sebak dan menawarkan lamaran itu. Mereka berkenalan selama tiga tahun selepas bertemu pada majlis ulang tahun kelahiran Ooi. Pemilik-pemilik laman blog mula menyiarkan klip video berkenaan selepas Seacrest menghebahkannya di Facebook dan Twitter pada 23 Disember lalu. - Agensi Full content generated by Get Full RSS. | ||
Band U2 peroleh pendapatan paling tinggi Posted: Band U2 peroleh pendapatan paling tinggi
LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS) - Band rock dari Ireland, U2 yang disertai penyanyi Bono mengungguli senarai kumpulan yang memperoleh pendapatan konsert tertinggi di dunia untuk tahun 2011. Menurut majalah perniagaan Pollstar, U2 memperoleh pendapatan sebanyak AS$231.9 juta (RM736.2 juta) selepas 34 konsert band tersebut sepanjang tahun ini. Band U2 yang popular dengan lagu Sunday Bloody Sunday mengatasi pencapaian band pop Britain, Take That yang memperoleh pendapatan AS$224 juta (RM711.2 juta). Menurut agensi berita AP, band Take That mengadakan siri konsert jelajah selepas mereka bergabung semula dengan penyanyi utamanya, Robbie Williams. Secara global, 25 siri konsert jelajah utama dunia pada 2011 telah menjana perolehan sekitar AS$2.1 bilion (RM6.6 bilion), hampir sama seperti tahun lepas. - Agensi Full content generated by Get Full RSS. | ||
Hotel ais jadi tumpuan di Romania Posted: Hotel ais jadi tumpuan di RomaniaSEBUAH bilik tidur yang terdapat di dalam Hotel Balea Lac di Romania kelmarin. BUCHAREST, Romania - Sebuah hotel yang diperbuat daripada ais di kawasan pergunungan Fagaras menjadi tumpuan orang ramai dan para pengunjung. Hotel Balea Lac itu cuba menawarkan 10 bilik yang mempunyai katil besar dengan suhu di antara -2 dan + 2 darjah Celsius pada harga AS$45.73 (RM145.19) setiap orang. Para pelancong juga boleh makan di restoran dalam hotel itu. Hotel itu dibina pada setiap tahun supaya ruang dalaman tidak kelihatan sama setiap kali musim sejuk. Pekerja-pekerja tempatan memotong lapisan ais di kawasan pergunungan itu untuk digunakan bagi membina dinding hotel ais tersebut. - Agensi Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan