Jumaat, 30 Disember 2011

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Taufan Thane badai India

Posted: 30 Dec 2011 12:23 PM PST

Dunia

ORANG ramai melepasi papan tanda yang jatuh disebabkan angin kencang di  Puduchery, India, semalam. - AP

ORANG ramai melepasi papan tanda yang jatuh disebabkan angin kencang di Puduchery, India, semalam. - AP

16 maut, puluhan lagi cedera di wilayah Cuddalore, Puduchery

CHENNAI: Taufan Thane dengan kelajuan angin 140 kilometer sejam melanda pantai Tamil Nadu, semalam menyebabkan sekurang-kurangnya 16 orang terbunuh manakala berpuluh lagi cedera mengakibatkan kerosakan teruk di wilayah Cuddalore dan Puduchery yang masih lagi terputus hubungan dengan kebanyakan kawasan.

Pihak berkuasa berkata, lima maut di Cuddalore ditimpa dinding runtuh dan terkena renjatan elektrik. Seorang lelaki berusia 45 tahun dari kampung Vanarampet di Puducherry mati dalam kejadian runtuhan sebuah rumah.

Perkhidmatan kereta api dari selatan Tamil Nadu turut terjejas dengan kebanyakannya terlewat atau terhenti di stesen berhampiran manakala destinasi antarabangsa oleh syarikat penerbangan persendirian termasuk ke Kuwait dan Malaysia dari Chennai terpaksa dibatalkan. Pegawai cuaca berkata, Taufan Thane, membadai kawasan sepanjang barat laut Teluk Benggala, bergerak merentasi pantai Tamil Nadu antara Cuddalore dan Puducherry antara 6.30 dan 7.30 pagi hari ini."

"Ia kini semakin lemah dan mendarat kira-kira 30 kilometer ke barat Cuddalore dan 35 kilometer ke barat laut Puduchery," katanya.

Beliau berkata hujan lebat dan berterusan diramalkan turun di pantai Tamil Nadu, Puducherry dan bahagian utara wilayah itu.

Hujan lebat juga dijangka melanda kawasan pantai selatan Andhra Pradesh sepanjang 12 jam akan datang dan sepanjang Rayalseema, utara Kerala dan selatan Karnataka dalam tempoh 24 jam lagi.
Daerah Cuddalore di Tamil Nadu paling teruk terjejas apabila Thane merosakkan jalan dan menyukarkan kerja pasukan penyelamat .

Talian komunikasi turut terjejas manakala lebih 5,000 rumah nelayan dilaporkan rosak.

Sementara itu, Ketua Menteri Tamil Nadu, Jayalalithaa memperuntukkan sejumlah wang untuk bantuan segera dan mengarahkan empat menteri melawat daerah yang terbabit dengan ribut 'Thane'.

Selepas mempengerusikan satu mesyuarat dengan pegawai kanan jabatan, Jayalalithaa berkata, beliau meminta rakan Kabinetnya, B V Ramana, R K M Chinnaiah, K A Jeyapaul dan M C Sampath melawat daerah Kancheepuram, Villupuram, Nagapattinam dan Cuddalore yang teruk dilanda ribut.

Jayalalithaa turut mengarahkan penilaian terhadap kerosakan akibat Thane dan menghantar laporan.

Beliau berkata ratusan pokok dan tiang elektrik tumbang, menyebabkan jalan tersekat dan perhubungan terputus.

Beliau berkata, sebagai langkah berjaga-jaga 6,000 penduduk kawasan rendah dipindah. – AP/Agensi

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen


Full content generated by Get Full RSS.

Pyongyang mahu balas dendam

Posted: 30 Dec 2011 12:20 PM PST

Dunia

Badan pemerintah Korea Utara kekal dasar keras Jong-il ke atas Korea Selatan

SEOUL: Korea Utara memberi amaran kepada dunia semalam untuk menjangka tiada perubahan dasar di bawah kepimpinan baru Kim Jong-Un dan mengancam membalas dendam ke atas Korea Selatan kerana "menabur garam" ke dalam luka rakyatnya yang masih bersedih.

Kenyataan keras itu dikeluarkan sehari selepas negara komunis itu menamatkan perkabungan 13 hari untuk mendiang Kim Jong-il dan mengiktiraf anak lelakinya Jong-Un sebagai pemimpin agung baru dalam satu upacara peringatan besar-besaran.

Kami "sesungguhnya mengisytiharkan dengan yakin bahawa boneka Korea Selatan dan ahli politik bodoh di seluruh dunia seharusnya tidak menjangka apa-apa perubahan daripada DPRK (Korea Utara)," kata Suruhanjaya Pertahanan Kebangsaan (NDC), badan atasan pembuat keputusan. "Utara tidak pernah mempunyai perjanjian "dengan kumpulan pembelot Lee Myung-Bak," kata NDC merujuk kepada presiden Korea Selatan dalam satu kenyataan dikeluarkan agensi berita rasmi dan televisyen tempatan.

"Kami sudah pasti memaksa kumpulan pembelot membayar untuk jenayah tersembunyi dilakukan ketika tempoh kesedihan negara," kata Suruhanjaya itu sambil menuduh kerajaan Seoul menghina Pyongyang ketika tempoh perkabungan Jong-il.

"Air mata dan pengorbanan rakyat akan menjadi 'api' yang bakal membakar semua kumpulan pengkhianat," kata NDC.

Penganalisis berkata Utara memberi amaran kepada dunia supaya tidak campur tangan ketika peralihan dan kemungkinan berlaku provokasi mana-mana provakasi adalah rendah.
Utara segera meningkatkan kedudukan anak lelaki mendiang pemimpin itu, jawatan yang tidak ditandingi berusia lewat 20 an, apabila bapanya meninggal dunia akibat serangan jantung pada 17 Disember lalu.

Beliau diisytiharkan "pemimpin agung parti dan tentera serta rakyat" pada hari peringatan dihadiri oleh puluhan ribu rakyat kelmarin dan mengetuai pengebumian negara hari sebelumnya. - AFP

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan