Rabu, 28 Disember 2011

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Syria, Yaman terus bergolak

Posted: 28 Dec 2011 12:23 PM PST

Dunia

Gas pemedih mata sambut protes di Homs, penunjuk perasaan bergaduh di Sanaa

DAMSYIK: Polis Syria menggunakan gas pemedih mata untuk menyuraikan 70,000 penunjuk perasaan di jalan Homs kelmarin pada masa pemerhati Arab melawat kawasan itu sehari selepas puluhan mati akibat tindakan keras terhadap penduduk yang berbeza pendapat.

"Lebih 70,000 penunjuk perasaan cuba memasuki Dataran al Saa di tengah bandar Homs, kemudian ejen keselamatan menggunakan gas pemedih mata untuk menyuraikan mereka," kata Pemerhati Rakyat Syria untuk Hak Asasi yang berpangkalan di Britain. Pada masa yang sama, sesetengah penunjuk perasan ditembak dengan peluru hidup semasa mereka berarak ke dataran itu dan empat cedera termasuk seorang cedera parah.

Pemerhati berkata tunjuk perasaan berasingan diadakan di tempat lain di bandar itu bertujuan mendedahkan amalan tidak sihat dan jenayah regim itu.

Sebelum menyertai perarakan di Dataran al Saa, puluhan ribu penunjuk perasaan berkumpul di kawasan Al-Khalidiyeh, menurut badan itu. Tunjuk perasaan turut dilaporkan di daerah Bab Dreib dan Jub al-Jandali.

Protes itu dilakukan pada masa sama pemerhati Liga Arab melawat kawasan tengah bandar untuk memantau urusan mengakhiri kekerasan terhadap penunjuk perasaan anti pemerintah.
Berikutan laporan pembunuhan 34 orang awam di wilayah Baba Amro di Homs pada Isnin, penduduk yang mengadakan majlis pengebumian berhampiran Kefer Ayia untuk sesetengah mereka yang terbunuh, diserang oleh pihak keselamatan.

Aktivis mendakwa, tentera membawa keluar kereta perisai dari satu daerah ketika pemerhati Arab tiba dan menyembunyikannya dalam zon dikuasai kerajaan.

Sementara itu di Sanaa, musuh dan penyokong Presiden Yaman bertempur menggunakan batu dan kayu kelmarin, memburukkan lagi kekacauan negara itu pada masa sama Washington menimbangkan permohonan pemimpinnya untuk ke Amerika Syarikat.

Aktivis belia, yang mengetuai protes sejak berbulan menentang pemerintahan 33 tahun Presiden Ali Abdullah Saleh berbelah bahagi sama ada beliau perlu meninggalkan tanah air kerana boleh mengurangkan konflik tetapi turut membuka peluang mengelak pengadilan. – Reuters/AFP

Full content generated by Get Full RSS.

Samira pecah tembelang tentera Mesir

Posted: 28 Dec 2011 12:18 PM PST

Dunia

SAMIRA IBRAHIM

SAMIRA IBRAHIM

KAHERAH: Seorang wanita Mesir yang menuduh tentera mencabul kehormatan tahanan wanita di penjara kini dianggap 'hero' kaum Hawa di negaranya selepas mahkamah mengarahkan tentera menghentikan amalan itu yang dilabel 'ujian kononnya untuk menentukan seseorang masih dara atau tidak.'

Kes itu difailkan Samira Ibrahim, 25, yang mendakwa dipaksa tentera untuk menjalani ujian itu pada 9 Mac lalu selepas dia ditahan semasa menyertai protes di Dataran Tahrir.

"Kes ini adalah untuk semua wanita Mesir, bukan saja saja. Saya rasa amat kecewa. Saya dicederakan dan tidak menyangka askar boleh bertindak begitu. Satu perkara yang diberitahu ayah saya ialah hanya undang-undang akan membantu kamu," katanya. Pengurus pemasaran itu mendakwa menerusi video YouTube dikenakan kejutan elektrik atas tuduhan menjadi pelacur. Dia diarah menanggalkan pakaian di depan askar dan diperiksa oleh lelaki di hadapan sekumpulan anggota tentera yang mentertawakannya.

Doktor tentera yang menjalankan ujian itu kini berdepan dengan perbicaraan pada 3 Januari depan di mahkamah tentera, menurut stesen televisyen kerajaan.
Jeneral yang memerintah menafikan anggota tentera menjalankan ujian itu dan tidak meminta maaf.

Ketua perundangan tentera, Jeneral Adel el-Mursi, berkata penghakiman itu tidak boleh dilaksanakan kerana tentera tidak menjalankan ujian dara secara paksa, menurut laporan agensi berita MENA.
Seorang lagi jeneral yang enggan disiarkan namanya dipetik sebagai berkata ujian itu dijalankan hanya untuk melindungi tentera daripada tuduhan merogol.
Minggu lalu, tentera mengumumkan penyiasatan terhadap insiden itu. Organisasi hak asasi manusia pula percaya, banyak lagi ujian seumpama itu dilakukan askar.

"Mahkamah mengarahkan pelaksanaan prosedur ujian dara terhadap gadis dalam tahanan tentera dihentikan," kata hakim Mahkamah Pentadbiran Kaherah, Aly Fekry sambil disambut tepukan gemuruh orang awam yang mendengar keputusan itu.

Samira adalah seorang daripada tujuh wanita yang mendakwa mereka diarah menjalani ujian itu selepas ditahan tentera.

Pengurusan jeneral ketenteraan dalam kerajaan peralihan negara itu mengundang kritikan hebat daripada aktivis hak asasi tetapi laporan layanan buruk wanita di tangan askar ketika ditahan meningkatkan kemarahan rakyat Mesir.

Antara contoh kekerasan terhadap wanita berlaku baru-baru ini apabila tentera dirakam menarik rambut seorang wanita tidak bersenjata, memukulnya hingga menyebabkan colinya kelihatan. – Reuters/Agensi

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan