Utusan Online - Luar Negara |
Spratly: AS jangan campur tangan Posted: Spratly: AS jangan campur tanganWen Jiabao (kiri) berucap sambil diperhati Presiden Filipina Benigno Aquino pada Sidang Kemuncak ASEAN-China di Nusa Dua, Bali, Indonesia, semalam. - REUTERS NUSA DUA, Indonesia 18 Nov. - Perdana Menteri China, Wen Jiabao hari ini berkata, 'tentera asing' tidak ada alasan untuk terlibat dalam pertikaian rumit berhubung tuntutan bertindih ke atas Kepulauan Spratly, satu amaran kepada Amerika Syarikat (AS) dan negara lain supaya tidak mencampuri isu sensitif ini. China menuntut sebahagian besar daripada kepulauan yang menjadi laluan perkapalan penting di dunia dan kaya dengan minyak dan sumber asli. Vietnam, Filipina, Taiwan, Malaysia dan Brunei turut menuntut beberapa bahagian daripada kepulauan itu, sementara AS dan Jepun menekan Beijing untuk cuba menyelesaikan isu yang telah mencetuskan ketegangan pada tahun ini. Meskipun White House memberitahu Presiden Barack Obama akan membawa isu itu ke satu lagi sidang di Bali esok, China menolak untuk membincangkannya dan bertegas mahu menyelesaikannya dengan negara yang terlibat sahaja. "Pertikaian yang wujud antara negara di rantau ini berhubung kepulauan itu telah lama berlaku dan ia perlu diselesaikan melalui rundingan oleh negara yang terlibat. "Negara luar tidak patut dan tidak ada sebab untuk mencampurinya," tegas Jinbao kepada pemimpin ASEAN yang dipetik oleh laman web Menteri Luar China. Menteri Luar Indonesia, Marty Natalegawa memberitahu wartawan, China memberikan isyarat positif tentang rundingan seterusnya mengenai kod pengendalian perairan di kawasan itu. Sementara itu, akhbar milik kerajaan China, Global Times hari ini memberi amaran kepada negara-negara jirannya bahawa mereka mungkin menerima akibat ekonomi kerana melibatkan AS dalam pertikaian wilayah di Laut China Selatan. "Mana-mana negara yang memilih untuk menjadi alat mainan AS, mereka akan kehilangan peluang meraih keuntungan daripada ekonomi China," kata akhbar itu. - REUTERS/AFP Full content generated by Get Full RSS. |
Arroyo dituduh menipu dalam pilihan raya Posted: Arroyo dituduh menipu dalam pilihan rayaMANILA 18 Nov. - Bekas Presiden Filipina, Gloria Macapagal Arroyo hari ini ditahan atas tuduhan menipu dalam pilihan raya, kesalahan yang mungkin akan menyebabkan beliau menghabiskan sisa hidupnya di penjara. Supritendan James Bucayo berkata, bekas presiden itu ditahan di hospital Manila selepas mahkamah mengeluarkan waran tangkap terhadap beliau. "Beliau kini dalam tahanan Polis Daerah Selatan. Kami tidak membawanya keluar dari hospital kerana keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan. "Kami hanya menempatkan anggota polis untuk mengawal di luar wad," katanya di luar hospital sambil memberitahu penahanan dibuat pada pukul 6.30 petang (6.30 petang waktu Malaysia). Waran tangkap itu dikeluarkan selepas Mahkamah Agung membatalkan larangan perjalanan ke luar negara yang dikenakan terhadap Arroyo oleh pentadbiran Presiden Benigno Aquino. Sebelum ini, beliau cuba meninggalkan negara ini untuk mendapatkan rawatan di luar negara tetapi dihalang oleh kerajaan yang percaya bekas presiden itu mahu mengelak siasatan dan kemungkinan dakwaan. Dakwaan terhadap Arroyo difailkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya hari ini di mahkamah rendah dan bukan di Mahkamah Agung. "Kami baru menerima keputusan siasatan dan mendapati ia cukup untuk membuat dakwaan. Jadi kami memutuskan untuk memfailkan kes," kata jurucakap Suruhanjaya Pilihan Raya, James Jimenez di rangkaian televisyen GMA. Menurut Jimenez, dakwaan mensabotaj pilihan raya ke atas Arroyo akan menyebabkan bekas presiden itu tidak boleh diikat jamin dan perlu ditahan sepanjang perbicaraan. Menurut suruhanjaya lagi, bekas Presiden itu telah mengarahkan pengubahan secara besar-besaran ke atas pembuangan undi pada pilihan raya senat 2007 yang menipu seorang calon pembangkang daripada menang. Undi yang telah diubah itu dilaporkan berlaku di wilayah selatan Maguindanao, di mana keluarga Ampatuan terus berkuasa. - AFP/REUTERS |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan