Jumaat, 18 November 2011

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Taliban serang Loya Jirga

Posted: 17 Nov 2011 03:53 PM PST

Dunia

PENDUDUK meninjau lokasi letupan roket yang dilancarkan Taliban terhadap Loya Jirga di Kabul.

PENDUDUK meninjau lokasi letupan roket yang dilancarkan Taliban terhadap Loya Jirga di Kabul.

Dua roket dilancarkan ke arah lokasi persidangan

KABUL: Pergerakan Taliban melancarkan serangan roket terhadap perhimpunan pemimpin puak Afghanistan atau 'Loya Jirga' semalam yang tidak mengenai sasaran lokasi persidangan tetapi menyebabkan seorang cedera.

Letupan roket itu menggegarkan kawasan berhampiran lokasi Loya Jirga yang diadakan bagi membincangkan hubungan masa depan dengan Amerika Syarikat, kata pegawai. Dua roket itu dilancarkan ke arah Kabul sejurus selepas jam 8.00 pagi waktu tempatan, sebelum hari kedua pertemuan dengan ketua puak bermula.

"Dua roket dilancar ke ibu negara," kata ketua polis bandar raya itu, Mohammad Ayoub Salangi, selepas saksi melaporkan dua letupan kuat.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Sediq Sediqqi, berkata salah satu roket meletup di jalan raya di kawasan berdekatan lokasi Loya Jirga iaitu Hotel Intercontinental, 500 meter dari situ.

Seorang penduduk awam cedera ringan terkena satu lagi roket yang meletup beberapa kilometer dari lokasi pertemuan berkenaan.
Serangan itu menyusuli letupan bom buatan sendiri menyebabkan dua anggota pengaman antarabangsa maut di selatan Afghanistan, Sabtu lalu.

Dalam mesej yang dihantar kepada wartawan, pergerakan Taliban mendakwa bertanggungjawab melancarkan dua roket itu ke arah khemah Loya Jirga.

Kumpulan itu mengetuai pemberontakan 10 tahun menentang pasukan tentera asing diketuai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dengan kekuatan 140,000 askar dan kerajaan pimpinan Presiden Hamid Karzai.

Pemimpin Taliban sudah mengancam menyerang Loya Jirga kali ini bagi membincangkan hubungan strategik dengan Amerika dan strategi damai dengan militan itu.

Ketika Loya Jirga tahun lalu, anggota militan melancarkan roket ke arah lokasi perhimpunan yang membawa kepada peletakan jawatan dua menteri.

Kelmarin, Karzai menggariskan syarat kepada kehadiran tentera Amerika di negara itu selepas pasukan tentera NATO berundur pada akhir 2014. – AFP

Full content generated by Get Full RSS.

Laut sebar sisa radioaktif Fukushima

Posted: 17 Nov 2011 03:51 PM PST

Dunia

BEG beras jenis Koshihikari diidapati turut dicemari radioaktif dan diharamkan pihak berkuasa Jepun.

BEG beras jenis Koshihikari diidapati turut dicemari radioaktif dan diharamkan pihak berkuasa Jepun.

TOKYO: Sebahagian besar sisa radioaktif akibat bencana di loji nuklear Fukushima jatuh ke lautan dan merebak ke seluruh planet selepas dibawa air laut, kata penyelidik Jepun di sini semalam.

Selain itu, pihak berkuasa mengharamkan beras dari sebuah kawasan berhampiran loji Fukushima yang membocorkan radiasi sejak musnah dalam gempa bumi dan tsunami, 11 Mac lalu.

Sehingga 80 peratus bahan radiasi caesium yang dibebaskan loji kuasa Fukushima Daiichi jatuh ke Pasifik dan menular ke laut lain di seluruh dunia, kata saintis di Institut Penyelidikan Meteorologi. "Bakinya jatuh di atas tanah di sekitar Fukushima. Akibatnya lautan lebih tercemar berbanding darat walaupun data terkini menunjukkan pencemaran lautan disebabkan kemalangan itu di bawah paras yang menjejaskan manusia," kata penyelidik di institut itu, Hiroshi Takahashi.

Penyelidik berkata, bahan radioaktif termasuk caesium-137, tersebar luas apabila memasuki lautan dan setiap partikel diukur tidak sampai satu mikrometer, satu pertujuh daripada saiz sel darah merah manusia.

Menggunakan simulasi komputer, mereka menetapkan bahan radioaktiif pertama tersebar ke timur laut melepasi timur Russia dan Alaska, sebelum masuk ke Lautan Pasifik dan sampai ke pantai barat Amerika sekitar 17 Mac lalu, kata Takahashi.

Bahan itu dipercayai menyempurnakan penyebaran seluruh dunia pada 24 Mac lalu, katanya, sambil menambah hasil kajian akan dibentangkan di pertemuan akademik di Nagoya, tengah Jepun.
Beberapa kajian terdahulu, termasuk satu yang dihasilkan di Perancis bulan lalu, merumuskan kejatuhan itu dicairkan oleh arus lautan dan kecuali bagi spesies berhampiran pantai, ia tidak memberi ancaman. – Reuters

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan