Kosmo Online - Dunia |
- Pejabat akhbar sindir Nabi Muhammad dibakar
- Aktres dakwa gambar bogel untuk suami
- Harga makanan di AS jejaskan percutian
Pejabat akhbar sindir Nabi Muhammad dibakar Posted: Pejabat akhbar sindir Nabi Muhammad dibakar
PARIS - Bangunan ibu pejabat sebuah syarikat akhbar yang sering menampilkan isu-isu menyindir di Perancis dibakar dan mengalami kerosakan teruk. Kebakaran itu berlaku selepas akhbar tersebut menyatakan bahawa Nabi Muhammad menjadi editor undangan. Menurut seorang pegawai polis, kebakaran itu berlaku pada lewat malam kelmarin di akhbar Charlie Hebdo dan puncanya masih tidak diketahui. Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu. Pengarah akhbar tersebut yang menggunakan nama Charb memberitahu stesen televisyen BFM, banyak kerosakan yang berlaku termasuk maklumat di dalam komputer musnah. Kakitangan akhbar tersebut berkata, mereka menerima banyak ancaman akibat cerita Sharia Hebdo di akhbar tersebut yang merujuk kepada undang-undang Islam. - AP Full content generated by Get Full RSS. | |
Aktres dakwa gambar bogel untuk suami Posted: Aktres dakwa gambar bogel untuk suami
LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS) - Aktres Scarlett Johansson bercakap mengenai skandal gambar bogelnya dalam wawancara bersama majalah hiburan, Vanity Fair kelmarin. Dalam wawancara itu, Johansson berkata, tidak salah dia merakamkan sendiri foto-foto bogel tersebut kerana koleksi berkenaan adalah untuk suaminya ketika itu, Ryan Reynolds. "Saya mengetahui sudut terbaik saya. Saya bukannya bergambar untuk majalah lucah. Gambar-gambar ini untuk suami saya. Kalau saya bergambar porno sekali pun, ia bukan satu kesalahan," kata aktres berkenaan. Popular menerusi filem The Avengers, aktres berusia 26 tahun itu menjadi mangsa penyebaran gambar-gambar bogelnya di Internet pada September lalu selepas akaun e-mel peribadinya diceroboh penggodam komputer. Wawancara eksklusif itu disiarkan dalam edisi Disember Vanity Fair yang akan berada di pasaran AS pada 9 November ini. - Reuters Full content generated by Get Full RSS. | |
Harga makanan di AS jejaskan percutian Posted: Harga makanan di AS jejaskan percutianNEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Lebih satu pertiga pengguna di AS menjangkakan harga makanan di negara berkenaan akan meningkat yang akan menyebabkan mereka terpaksa mengurangkan perbelanjaan semasa musim cuti, kata keputusan satu kaji selidik kelmarin Sejumlah 35.6 peratus daripada 1,000 orang yang menyertai kaji selidik oleh Kumpulan Penyelidikan Amerika, memberitahu bahawa kenaikan harga makanan menyebabkan mereka mengambil keputusan untuk memotong perbelanjaan sambutan Hari Krismas. Para pengilang dan pengeluar meningkatkan harga makanan pada tahun ini bagi menghadapi harga komoditi yang melambung tinggi termasuk kacang soya, jagung dan kacang. Presiden Kumpulan Penyelidikan Amerika, Britt Beemer berkata, ia bukan kali pertama kenaikan harga makanan membebankan pengguna pada musim cuti Krismas. Menurutnya, satu kaji selidik yang dijalankan dua tahun lalu menunjukkan 31 peratus pengguna di AS merancang untuk memotong perbelanjaan perayaan Krismas mereka. - Reuters Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan