Harian Metro: Global |
Posted: 02 Nov 2011 08:21 AM PDT LOS ANGELES: Selebriti remaja, Justin Bieber dilapor disaman oleh seorang peminat dengan tuduhan dia adalah bapa kepada bayi yang dilahirkannya. Wanita California berkenaan dikatakan mendesak penyanyi berusia 17 tahun itu menjalani ujian DNA bagi mengesahkan secara saintifik bahawa dia adalah bapa bayi yang dilahirkan tiga bulan lalu, lapor laman web RadarOnline dan majalah Star. Bagaimanapun, jurucakap Bieber menafikan dakwaan itu. Matthew Hiltzik berkata: "Walaupun kami belum menerima saman itu, adalah mengecewakan ada seseorang sanggup melakukan fitnah dan membuat dakwaan palsu.
Saman itu dikatakan difail di sebuah mahkamah di California pada 31 Oktober. Mariah meminta mahkamah memaksa Bieber 'memberi saraan secukupnya untuk bayi saya,' lapor Star. Bieber yang menjadi terkenal dengan lagu hitnya, Baby, kini berpacaran dengan bintang remaja, Selena Gomez. Selena menerima ancaman bunuh daripada beberapa peminat penyanyi itu selepas pasangan berkenaan mengumumkan secara terbuka hubungan mereka tahun lalu. Bieber sebelum ini menyelar seks bebas dengan berkata: "Saya tidak fikir anda perlu mengadakan seks dengan sesiapa kecuali anda mencintai mereka." Dan baru-baru ini dia mendedahkan hasratnya untuk menjadi bapa apabila berusia 25 tahun. "Saya ingin menjadi bapa ketika usia muda. Menjelang usia saya 25 atau 26 tahun, saya ingin berkahwin dan mula berkeluarga," katanya. — DM Full content generated by Get Full RSS. |
Rayuan Assange halang ekstradisi ditolak Posted: 02 Nov 2011 08:16 AM PDT LONDON: Pengasas WikiLeaks, Julian Assange (gambar) semalam kalah dalam rayuannya untuk menghalang pengekstradisiannya ke Sweden bagi menghadapi tuduhan rogol dan serangan seks. Warga Australia berusia 40 tahun itu ditangkap di Britain Disember lalu dan merayu di Mahkamah Tinggi di London terhadap keputusan sebuah mahkamah lebih rendah Februari lalu yang memutuskan dia boleh diekstradisi ke Sweden.
Assange mendakwa, kerana Waran Tangkap Eropah terhadapnya dikeluarkan oleh seorang pendakwa raya, bukan mahkamah, ia tidak sah.
Seorang wanita berkenaan mendakwa Assange mengadakan seks tanpa perlindungan dengannya ketika dia tidur dan hakim menolak hujah peguam pengasas WikiLeaks itu bahawa kerelaan mengadakan seks dengan syarat kondom digunakan kekal sebagai kerelaan walaupun kondom tidak digunakan. - AP Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan