Harian Metro: Global |
Posted: 19 Nov 2011 09:08 AM PST HOLLYWOOD: Aktres Demi Moore mengakhiri perkahwinan enam tahunnya bersama Ashton Kutcher, kelmarin selepas laporan mengenai kecurangan suaminya itu terbongkar tetapi terdapat kisah sebenar yang lebih rumit di sebalik perkahwinan mereka. Dipercayai Demi dan Kutcher menjalani perkahwinan secara terbuka apabila Demi, 49, dikatakan mengamalkan biseksual. Satu sumber memberitahu Star: "Demi tertarik kepada wanita sama seperti dia sukakan lelaki, jadi dia tidak mendapat kepuasan daripada Kutcher." Bercakap mengenai persetujuan mereka menjalankan perkahwinan terbuka, sumber itu turut berkata: "Semua orang di Hollywood tahu mengenai persetujuan itu, tetapi mereka berjaya meneyembunyikannya daripada pengetahuan umum.
Pelawak Chelsea Handler seolah-olah turut mengiyakan kenyataan itu dalam wawancara program Simply Shocked bersama Piers Morgan di CNN.
Brittney sebelum ini, mengakui melakukan hubungan intim bersama Kutcher. Bagaimanapun, aktor itu mengancam akan menyamannya dan menjelaskan dakwaan Brittney itu tidak benar sama sekali.
|
2 wanita buang bayi dituduh membunuh Posted: 19 Nov 2011 09:04 AM PST HONG KONG: Polis Hong Kong mendakwa dua wanita rakyat asing dipercayai warga Indonesia dengan kes pembunuhan, semalam selepas mereka membuang bayi yang baru dilahirkan ke dalam tong sampah di pusat kutipan sampah. Polis mengenal pasti dua wanita berusia 26 dan 32 tahun itu sebagai pekerja asing. Laporan media tempatan awal minggu ini memetik kenyataan polis sebagai berkata mereka adalah pembantu rumah warga Indonesia.
Wanita itu dikatakan melahirkan bayi perempuan di kediamannya dan memasukkan bayi itu ke dalam plastik sebelum dibuang ke dalam tong sampah. - AFP Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan