Kosmo Online - Dunia |
Posted: Arroyo cabar penahanannya
MANILA - Peguam bekas Presiden Filipina Gloria Macapagal Arroyo semalam mencabar bidang kuasa sebuah mahkamah di sini yang mengarahkan supaya Arroyo ditangkap kerana menipu dalam pilihan raya. Kenyataan tersebut dikeluarkan peguamnya, Raul Lambino ketika Arroyo ditahan di Hospital St. Luke di sini untuk hari kedua. Bekas Presiden berusia 64 tahun itu berdepan hukuman penjara seumur hidup sekiranya didapati bersalah berhubung jenayah tersebut. Perintah mahkamah dikeluarkan kelmarin kelmarin selepas pemerintah mengemukakan dakwaan Arroyo mengarahkan penipuan dilakukan dalam pilihan raya senator 2007 bagi memastikan kemenangan sekutu-sekutunya. Lambino berkata, mahkamah akan bersidang esok sama ada untuk membatalkan waran tangkap ke atas Arroyo dengan alasan dakwaan tersebut sepatutnya difailkan di mahkamah lain. "Kami berpendapat berlaku pelanggaran dalam apsek undang-undang kerana mereka (pemerintah) memfailkan kes ini di mahkamah yang silap," katanya. Pihak Arroyo terdahulu menyatakan kes itu sepatutnya dikendalikan oleh sebuah mahkamah khas, Sandiganbayan yang mengendalikan kes membabitkan pegawai awam. "Mahkamah di sini sepatutnya tidak mengeluarkan waran tangkap terhadap Arroyo," tambah Lambino. Katanya, Arroyo berada dalam keadaan baik selepas beliau ditangkap di hospital terbabit. Bekas Presiden itu menjalani tiga pembedahan tulang belakang pada tahun ini kerana menghidap sejenis penyakit tulang yang jarang berlaku. Lambino memberitahu polis akan mengambil cap jari dan merakam gambar Arroyo sebelum perbicaraan kes tersebut esok. Arroyo, Presiden wanita kedua di Filipina juga merupakan Presiden kedua pernah dibicarakan di negara berkenaan. Presiden Filipina sebelumnya, Joseph Estrada didapati bersalah kerana salah guna kuasa dalam 2007 tetapi mendapat pengampunan Arroyo 40 hari kemudian. Bekas Presiden berkenaan memerintah Filipina dari tahun 2001 hingga pertengahan tahun lalu. Arroyo ditangkap selepas pihak berkuasa menghalangnya daripada meninggalkan Filipina setibanya beliau di lapangan terbang Manila di sini dengan memakai alat penyokong leher kelmarin. - AFP Full content generated by Get Full RSS. | ||
Anak lelaki Gaddafi, Seif Al-Islam ditangkap Posted: Anak lelaki Gaddafi, Seif Al-Islam ditangkapTRIPOLI, Libya - Anak lelaki Muammar Gaddafi, Seif Al-Islam ditangkap di sebuah bandar di selatan Libya bersama tiga pengikutnya yang cuba menyeludup Seif keluar dari negara berkenaan, kata seorang komander militia semalam. Komander militia Briged Zintan, Bashir Al-Tlayeb berkata, Seif ditangkap di bandar Obari, dekat bandar raya Sabha sekitar 650 kilometer ke selatan ibu kota Libya di sini. Seif ditangkap ketika mahu menyeberangi sempadan untuk ke negara jiran Libya, Niger. Bashir bagaimanapun tidak menjelaskan bagaimana Seif ditangkap tetapi memberitahu bahawa anak Gaddafi itu dibawa ke bandar Zintan yang merupakan pangkalan terbesar pejuang revolusi di Libya. Menurutnya, keputusan di mana Seif akan dibicarakan hanya akan diputuskan oleh Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) yang mentadbir Libya. Beliau turut memberitahu bahawa setakat ini masih tiada maklumat berhubung tempat persembunyian bekas pengarah agensi perisikan Libya, Abdullah Senoussi. Dilahirkan pada 1972, Seif Al-Islam Gaddafi ialah anak sulung daripada tujuh orang anak Gaddafi bersama isterinya, Safiya Gaddafi. Beliau menerima sokongan Barat beberapa tahun lalu selepas menonjolkan dirinya sebagai seorang pemimpin reformis yang liberal tetapi kemudian bertindak menyokong bapanya bertindak kejam terhadap pihak penentang pada hari-hari terakhir rejim Gaddafi. Seif menyembunyikan diri selepas bandar raya ini jatuh ke tangan pejuang revolusi Libya. Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) sebelum ini menyatakan ia mengadakan rundingan tidak langsung dengan Seif mengenai kemungkinan beliau menyerah diri kepada ICC kerana dakwaan melakukan jenayah kemanusiaan semasa rejim Gaddafi cuba mematahkan kebangkitan rakyat Libya. ICC mengeluarkan waran tangkap pada 27 Jun terhadap Seif, 39, Gaddafi dan Abdullah pada 27 Jun lalu. Gaddafi terbunuh pada 20 Oktober lalu apabila tentera rejim baru Libya menyerang bandar kelahirannya, Sirte. - Agensi Full content generated by Get Full RSS. | ||
Posted: Demi Moore didakwa biseksual
LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS) - Aktres Demi Moore menceraikan Ashton Kutcher, selepas suaminya curang tetapi isu perceraian mereka sebenarnya lebih rumit, lapor akhbar MailOnline semalam. Moore dan Kutcher dipercayai membuat persetujuan untuk mempratikkan 'perkahwinan terbuka' dengan isterinya dibenarkan mempunyai hubungan intim bersama wanita lain sekali gus membayangkan aktres berusia 49 tahun itu seorang biseksual. Sumber yang rapat dengan pasangan itu memberitahu: "Moore tertarik dengan wanita selain lelaki, justeru dia tidak mendapat kepuasan batin sepenuhnya daripada hubungan suami isteri," kata sumber itu. Menurut sumber sama, Moore juga tidak menghalang Kutcher, 33, menjalinkan hubungan dengan wanita lain sepanjang perkahwinan lain. "Kedua-duanya saling menghormati berhubung hak masing-masing. Mereka menjalani kehidupan rumahtangga yang menyeronokkan," jelas sumber. Namun, katanya, Moore mungkin menuntut cerai kerana malu kecurangan suaminya didedahkan media AS. Kutcher dilapor meniduri seorang wanita kaki parti, Sara Leal pada hari ulang tahun keenam perkahwinannya bersama Moore pada September lalu. Moore mengumumkan berpisah dengan suaminya pada Khamis lalu. Pasangan itu memiliki harta sepencarian berjumlah AS$290 juta (RM917.5 juta). - Agensi Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan