Selasa, 1 November 2011

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Cinta Raffi, Yuni putus

Posted: 31 Oct 2011 09:03 AM PDT

JAKARTA: Raffi Ahmad akhirnya mengaku pernah menjalinkan hubungan dengan Yuni Shara dan sekarang hubungan mereka sudah putus.

Pengacara rancangan DahSyat itu mengaku, mereka berdua memang banyak perbezaan.

"Kami memang banyak perbezaan. Apatah lagi dari segi usia, kami berbeza 15 tahun," kata Raffi ketika ditemui selepas mengacarakan rancangan DahSyat di Studio RCTI, Jakarta, semalam.

Ahli kumpulan BBB itu juga menafikan berita yang mengatakan sifatnya yang keanak-anakan dan berperangai boros.


Dia berkata, dia sentiasa serius ketika berpacaran dengan ibu kepada dua orang anak itu.


"Susah untuk cakap. Saya tidak keanak-anakan. Kalau saya bersikap begitu, bagaima hubungan kami boleh bertahan selama tiga tahun?" katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

‘Oh wow’ kata akhir Jobs

Posted: 31 Oct 2011 08:56 AM PDT

NEW YORK: Adik kandung Steve Jobs mendedahkan saat-saat akhir dan kata-kata aneh yang diucapkan abangnya sebelum pengasas bersama Apple itu mati.

Berucap di majlis pengkebumiannya minggu lalu, Mona Simpson menceritakan bagaimana Jobs menghembuskan nafasnya yang terakhir dengan dikelilingi orang tersayang. Dia memberitahu hadirin pada majlis itu di Gereja Memorial University Stanford bahawa Jobs memerhatikan isteri dan anaknya sebelum berkata: 'Oh wow. Oh wow. Oh wow.' Dalam ucapannya yang disiarkan dalam New York Times semalam, Mona berkata: "Kata-kata terakhir Jobs adalah ekasuku yang diulanginya tiga kali.


"Sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir, dia melihat adiknya, Patty, kemudian merenung lama anaknya-anaknya, kemudian isteri, Laurene, akhirnya dia mengcapkan kata-kata terakhirnya." Mona menceritakan, ketika Jobs berdepan dengan kematian, dia seolah-olah mendaki. Nafasnya menunjukkan dia seolah-olah mendaki jalan yang curam.

"Laurene berada di sebelahnya di atas katil. Nafas Jobs tersekat-sekat, kadang kala terhenti agak lama. Laurene dan saya memandang satu sama lain. Dia kemudian bernafas semula dan ia berlaku berulang kali," katanya.


Mona juga menceritakan bagaimana Jobs menelefonnya supaya datang segera ke Palo Alto dan berkata, dia meminta maaf kerana terpaksa meninggalkan mereka.


Dia berkata: "Saya memberitahu anda sekarang kerana bimbang anda tidak sempat, sayang." Mona, penulis novel dan profesor bahasa inggeris di Universiti California, menemui abangnyanya ketika dia baru menulis di New York pada usia 25 tahun.

Dia menceritakan dalam ucapannya itu bagaimana dia menanti seumur hidup untuk menemui lelaki yang boleh dia sayang dan yang dapat menyanyanginya.


Menurutnya, dia menyangka dia akan dapat menemui lelaki itu pada bapa atau bakal suami, tetapi hakikatnya, dia menemuinya pada abangnya.

Ketika menemui Jobs buat kali pertama pada 1984, Mona berkata: "Dia adalah lelaki seusia saya yang berpakaian Jeans dengan wajah mirip orang Arab atau Yahudi, lebih kacak daripada Omar Sharif. Dia menjelaskan kepada saya dia bekerja dengan komputer.


"Saya memberitahunya, saya menimbang untuk membeli komputer pertama saya berjenama Comenco. "Dia berkata, mujur saya belum membelinya kerana dia akan menghasilkan komputer yang cukup baik." Bercakap mengenai etika kerja abangnya, Mona berkata: "Dia tidak pernah malu kerana bekerja keras meskipun tidak berjaya." - Agensi

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan