Harian Metro: Global |
Gadis Palestin protes Zionis melalui lagu Posted: 30 Oct 2011 08:48 AM PDT NAZARETH (Israel): Dua remaja Arab yang menetap di Israel menggunakan lagu rap untuk menyampaikan pelbagai mesej, termasuk politik. Dikenali sebagai Damar, Mai Zarqawi, 15, dan Amane Tattur, 16, berazam mendedahkan pengalaman masyarakat minoriti Arab yang mengalami diskriminasi berterusan di Israel.
Kata Mai, mereka bukan bersikap anti-Yahudi, sebaliknya menentang idealogi Zionisme yang merampas tanah dan budaya Palestin.
Walaupun mendapat kewarganegaraan, mereka tetap dianggap penduduk kelas kedua, termasuk daripada aspek penjagaan kesihatan, pendudukan dan pembangunan ekonomi. - AFP Full content generated by Get Full RSS. |
Posted: 30 Oct 2011 08:47 AM PDT SACRAMENTO: Keluarga kanak-kanak yang terpaksa dipotong kedua-dua kaki dan tangannya kerana terlalu lama terbiar di bilik kecemasan semalam bersetuju menyelesaikan kes berkenaan di luar mahkamah dengan pampasan RM30 juta. Malyia Jeffers baru berusia dua tahun apabila dibawa ibu bapanya ke Hospital Methodist di Sacramento pada November tahun lalu kerana demam, masalah kulit dan lesu.
Dokumen itu menyatakan, ibu bapa Malyia merayu berkali-kali supaya petugas hospital merawat anak mereka, tetapi terus diminta menunggu sehingga lima jam sebelum dibawa berjumpa doktor.
Keadaan itu menyebabkan Jeffers dan Leah ketakutan kerana bimbang Malyia akan menghembus nafas terakhir sebelum sempat dirawat.
Di situ, doktor menemui bakteria Streptococcus A yang menjangkiti darah dan organ Malyia, memaksa mereka segera menjalankan pembedahan membuang kedua-dua kaki kanak-kanak malang terbabit.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan