Harian Metro: Global |
Posted: 14 Oct 2011 08:36 AM PDT BOSTON: Pengasas bersama Apple Computer, Steve Jobs, mungkin masih hidup hari ini jika dia tidak mengetepikan rawatan perubatan konvensional semata-mata untuk mendapatkan rawatan alternatif. Pakar kanser dan penyelidik di Sekolah Perubatan Harvard, Dr Ramzi Amri, berkata penyakit yang dideritai Jobs sebenarnya kurang berbahaya dan jarang membawa maut.
Menulis di laman sesawang Quora, Dr Ramzi berkata, Jobs memilih mendapatkan pelbagai rawatan alternatif sebelum mengambil ubat konvensional.
Sijil kematian Jobs yang dikeluarkan Jabatan Kesihatan Awam Daerah Santa Clara menyatakan, Jobs menghidap "ketumbuhan metastatic pancreas neuroendocrine" dan tidak memerlukan bedah siasat.
Kata Dr Ramzi, Jobs tewas lebih awal kepada kanser kerana dia enggan menggunakan kaedah rawatan konvensional, terutama sepanjang tahun lalu ketika tubuhnya mula menunjukkan penyusutan ketara.
|
Wanita ‘buta’ dirakam berbasikal Posted: 14 Oct 2011 08:33 AM PDT ROME: Seorang wanita Itali yang menikmati elaun kurang upaya kononnya kerana buta, ditahan semalam selepas disyaki menipu. Pembohongan wanita berusia 62 tahun itu terbongkar selepas polis merakam aksinya bekerja sebagai pendandan rambut, selain berbasikal di sekitar bandar Lugo, utara Itali.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan