Utusan Online - Luar Negara |
Posted: Kedutaan Israel dicerobohseorang Penduduk mesir membakar bendera Israel selepas beratus-ratus penduduk merusuh dan menceroboh bangunan kedutaan israel di kaherah, kelmarin. - AFP KAHERAH 10 Sept. - Beratus-ratus rakyat Mesir menyerbu bangunan yang menempatkan Kedutaan Israel di Kaherah dan menyelongkar bangunan tersebut, semalam. Penunjuk perasaan dilaporkan melemparkan dokumen-dokumen dan bendera Israel keluar dari bangunan berkenaan melalui tingkap. Duta Israel ke Mesir, Yitzhak Levanon bersama kakitangan kedutaan dan keluarga mereka dilaporkan dibawa pulang ke Tel Aviv, awal pagi ini, kata sumber lapangan terbang. Media tempatan melaporkan sebuah pesawat Israel tiba di Kaherah untuk mengambil Levanon dan kakitangannya pulang ke Tel Aviv. Kementerian Dalam Negeri berkata, sekurang-kurangnya 450 orang penunjuk perasaan bertempur dengan polis yang menggunakan gas pemedih mata dan meriam air bagi menyuraikan demonstrasi itu. Televisyen rasmi melaporkan 46 anggota polis cedera dalam kejadian itu. Ia merupakan serangan kedua ke atas kedutaan itu sejak lima pengawal sempadan Mesir dibunuh tentera Israel dalam satu operasi di sempadan Gaza dan Rafah pada bulan lepas. Saksi berkata, demonstrasi itu berlanjutan sehingga awal pagi dengan polis bertempur dengan sekurang-kurangnya 2,000 penunjuk perasaan di kedutaan berkenaan. Media rasmi melaporkan Perdana Menteri Mesir, Essam Sharaf mengadakan sidang khas Kabinet awal hari ini, manakala Menteri Dalam Negeri mengarahkan polis berada dalam keadaan berjaga-jaga. Israel berkata, pihaknya meminta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) membantu mengawal kedutaan itu yang terletak di tingkat atas bangunan apartmen. Sementara itu, pihak hospital Mesir berkata, tiga orang terbunuh dalam pertempuran antara polis dan penunjuk perasaan di luar kedutaan Israel, manakala seorang lagi meninggal dunia akibat serangan penyakit jantung. Tambahnya, ketiga-tiga mayat dibawa ke bilik mayat hospital di ibu negara manakala menteri kesihatan melaporkan seorang maut akibat serangan sakit jantung. - Reuters/AFP |
Feri karam lebih 300 dikhuatiri lemas Posted: Feri karam lebih 300 dikhuatiri lemasPekerja-pekerja sebuah bot pelancongan membaling botol-botol ke laut bagi membantu menyelamatkan penumpang sebuah feri yang karam di luar pantai Zanzibar, semalam. - REUTERS DAR ES SALAAM 10 Sept. - Lebih 300 orang dikhuatiri lemas apabila feri membawa lebih 500 penumpang karam ketika dalam perjalanan dari Zanzibar ke Pulau Pemba, hari ini. Timbalan Setiausaha Infrastruktur dan Komunikasi Negeri, Issa Gavu berkata, 192 mayat telah ditemui dan pasukan penyelamat berjaya menyelamatkan kira-kira 606 orang termasuk 20 kanak-kanak. Pesuruhjaya Polis Zanzibar, Mussa Alli Mussa berkata, manifes feri itu menunjukkan ia belayar dari Pulau Besar Unguja ke Pulau Pemba. Beliau berkata, operasi menyelamat turut menggunakan bot-bot nelayan di sekitar kawasan kejadian. Seorang mangsa yang terselamat, Abdullah Saied berkata, feri M.V. Spice Islanders itu sarat dengan penumpang ketika memulakan pelayaran. Penduduk tempatan berkumpul di pelabuhan Stone Town, Zanzibar bagi menunggu berita terkini berhubung kejadian tersebut. - AFP/Reuters/AP |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan