Sabtu, 10 September 2011

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Amaran pemindahan banjir dikeluarkan

Posted: 09 Sep 2011 08:42 AM PDT

PHILADELPHIA: Hujan lebat kesan Taufan Irene menenggelamkan bahagian timur laut Amerika Syarikat, menyebabkan lima orang terbunuh dan 100,000 dipindahkan kerana banjir kilat.

Khidmat Kaji Cuaca Kebangsaan mengeluarkan amaran banjir kilat di wilayah New York, New Jersey, Pennsylvania, Connecticut, Maryland dan Virginia.

Jalan raya di kawasan itu telah ditutup tetapi talian komuter masih beroperasi.

Menurut Rumah Putih, Presiden Barack Obama telah mengisytiharkan keadaan darurat di New York dan mengarahkan agensi persekutuan menyelaraskan bantuan bencana dalam usaha untuk "menyelamatkan mangsa dan melindungi harta benda serta kesihatan awam dan keselamatan."


Menurut pegawai tempatan, kira-kira 100,000 orang di daerah Luzern di Pennsylvania 'dikerah berpindah' termasuk 20,000 orang di bandar Wilkes-Barre.


Stephen Bekenich, Pengarah Bencana Alam wilayah memberi amaran, mereka yang masih tinggal di kawasan banjir, mungkin tidak dapat diselamatkan. - AFP

Gadis mengaku pontianak

Posted: 09 Sep 2011 08:41 AM PDT

FLORIDA: Seorang gadis yang mengaku dirinya 'pontianak' dituduh menyerang seorang lelaki tua, menggigit muka dan lengannya sehingga mememerlukan jahitan.

Josephine Smith, 22 tahun, dikatakan memberitahu mangsanya yang berusia 69 tahun: "Aku pontianak, aku akan makan kamu."

Milton Ellis terpaksa menerima jahitan pada lukanya setelah diserang di depan Restoran Hooter yang kosong di St. Petersburg, Florida.

Polis berkata, Elis yang menggunakan kereta roda bermotor, tidur ketika Josephine menyerangnya.


Ellis yang berdarah, dapat melarikan diri ke sebuah stesen minyak berdekatan dan menelefon polis.


Apabila polis tiba, mereka menemui Josephine yang hampir berbogel dan berlumuran darah, berdekata restoran itu.

Dia memberitahu pegawai polis, dia tidak tahu apa yang berlaku. Menurut polis, mereka bertemu di sebuah pusat beli-belah berhampiran restoran itu.

Josephine yang berasal dari Pensacola sedang menunggu saudaranya datang untuk menjemputnya, duduk bersama dengan Ellis di dalam restoran kosong itu.

Josephine dikatakan menyerang ketika Ellis tertidur.

Menurut maklumat Facebooknya, Josephine seorang pelajar "pembantu pergigian" di Insititut Fortis di Pansacola.

Ellis yang mepunyai tanda gigitan di lengan, dibawa ke hospital untuk rawatan.

Josephine ditahan dan dituduh menyerang bertubi-tubi orang tua. Kurang sebulan lalu, dia ditahan di Escambia County kerana memiliki dadah.

Dia ditahan di Penjara Pinellas County dan menunggu ikat jamin AS$50,000 (RM150,000). - DM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan