Berita Harian: Dunia |
Washington, New York sasaran bom Posted: 10 Sep 2011 03:15 PM PDT Dunia Ayman al-Zawahiri WASHINGTON: Amerika Syarikat percaya pemimpin baru al-Qaeda, Ayman al-Zawahiri merancang membalas dendam kematian pengasas pergerakan itu, Osama bin Laden, semalam, hari ini atau esok menerusi serangan bom dalam kenderaan di Washington atau New York. Maklumat yang diperoleh Agensi Perisikan Pusat (CIA) dalam masa 48 jam lalu menunjukkan sekurang-kurangnya tiga individu memasuki negara itu Ogos lalu melalui jalan udara dengan hasrat melancarkan serangan itu ketika Amerika memperingati ulang tahun ke-10 tragedi 11 September, kata pegawai perisikan. Pegawai berkata, rancangan itu diilhamkan pemimpin baru al-Qaeda, Ayman al-Zawahiri, yang berjanji membalas tindakan komando Amerika membunuh Osama bin Laden awal tahun ini di Abbotabad, Pakistan. Pegawai perisikan dan penguat kuasa undang-undang memberitahu ABC News, sekurang-kurangnya seorang daripada penyerang ialah warga Amerika dan seorang pegawai berkata dua lagi mungkin mempunyai dokumen Amerika, sama ada kad pengenalan berwarna hijau atau pasport masih belum dipastikan.Ancaman itu digambarkan pegawai undang-undang sebagai tepat dan boleh dipercayai. Al-Qaeda menunjukkan minat bertindak pada tarikh tertentu termasuk ulang tahun. Maklumat ancaman itu boleh dipercayai, spesifik tetapi belum dapat disahkan, kata Ejen Pembantu Khas Biro Siasatan Persekutuan (FBI), Janice Fedarcyk, dalam satu sidang akhbar. Pada sidang akhbar sama, Datuk Bandar New York, Mike Bloomberg, berkata Jabatan Polis New York sudah bersiap sedia serta akan menempatkan lebih ramai anggotanya di sekitar Big Apple kerana ulang tahun itu dilihat oleh pengganas sebagai detik sesuai untuk melancarkan serangan. Beliau juga berkata, ancaman itu boleh dipercayai dan perlu diambil serius walaupun tiada bukti sokongan. Kita tinggal dalam dunia yang memandang serius ancaman dan itulah yang kita lakukan, katanya. Ketika berita maklumat itu diketahui umum, pihak berkuasa mula menimbang sama ada untuk menaikkan taraf ancaman itu. FBI dan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri menghantar buletin kepada 18,000 agensi penguat kuasa seluruh negara memberi amaran mengenai kemungkinan serangan itu. Buletin turut menyatakan al-Qaeda mungkin membalas dendam di atas kematian Osama dan beberapa tokoh penting lain pada tarikh simbolik seperti ulang tahun serangan 11 September. Walaupun pihak berkuasa mengakui belum mengenal pasti suspek, mereka meneliti beberapa nama individu yang memasuki Amerika sejak pertengahan Ogos. - Agensi Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komen |
Tragedi 9/11 hantui pesuruhjaya bomba Posted: 10 Sep 2011 03:14 PM PDT Dunia PARIS: Pesuruhjaya Bomba New York pada 11 September 2001 masih trauma dan dihantui serangan yang membunuh beratus-ratus anggota bomba serta menganggap kematian pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden sekalipun tidak dapat mengubat luka lama.Saya dalam perjalanan ke pejabat dan menerima panggilan mengenai pesawat kecil merempuh Menara Utara. Saya agak dekat dengan tempat itu dan cepat sampai. Kami segera sedar ia bukan pesawat kecil tetapi pesawat komersial. Kemudian keadaan bergegar. Sebuah lagi pesawat merempuh Menara Selatan. Ketika itulah kami sedar kami diserang, kata Von Essen yang berada di sini untuk satu majlis mengingati ulang tahun ke-10 serangan itu.Von Essen kemudian meninggalkan kawasan Ground Zero untuk membantu operasi merawat mangsa yang cedera dan memindahkan pekerja dari situ manakala beratus-ratus anggota bomba menaiki tangga di dua menara Pusat Dagangan Dunia (WTC), setiap satu 110 tingkat, melakukan operasi mencari dan menyelamat. Seramai 343 anggota bomba menemui ajal selepas dua menara itu roboh.
Ia berlarutan dan menguruskan apa yang berlaku kemudian adalah perkara paling sukar buat saya, kata Von Essen yang bersara 31 tahun selepas bertugas di Jabatan Bomba New York. Beliau kemudian menubuhkan satu syarikat perunding dengan Datuk Bandar New York ketika itu, Rudy Giuliani. Saya boleh terus bertugas sebagai pesuruhjaya bomba tetapi saya perlu berhenti. Saya sudah kehabisan tenaga dan mahu meneruskan kehidupan baru, katanya lagi. AFP |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan