Ahad, 18 September 2011

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


RM3j kos jaga kandungan Beyonce

Posted: 18 Sep 2011 03:35 PM PDT

Dunia

Beyonce Knowles

Beyonce Knowles

Jay Z pastikan isteri dapat penjagaan terbaik

LOS ANGELES: Superstar Beyonce dan suaminya, Jay Z dilaporkan membelanjakan kira-kira $1 juta (RM3 juta) untuk memastikan tempoh kehamilannya berjalan lancar dan selamat.

Majalah Now melaporkan, pasangan itu melabur dalam semua aspek daripada pakar pemakanan sehingga losyen antitanda regangan dan bahagian untuk membantu Beyonce dan bayi yang belum lahir itu berada dalam keadaan baik. "Beyonce menunggu lama untuk mendapatkan bayi ini dan dia bertekad menjaga kesihatan dirinya dengan baik," kata sumber.

"Dia mengupah pakar pemakanan untuk merancang menu makannya yang terdiri daripada makanan organik, melakukan sesi urutan setiap hari dan mengeluarkan belanja banyak untuk mendapat losyen bagi mengelakkan tanda regangan serta memastikan beliau berada dalam keadaan baik.

"Beyonce diberitahu supaya menjaga dirinya dengan lebih berhati-hati berbanding sebelum ini dan Jay Z memastikan isterinya mendapat segala yang diperlukan," katanya.

Majalah Now menyatakan bekas bintang Destiny Child itu tidak mahu mengambil sebarang risiko terhadap kandungan pertamanya, manakala sumber mendakwa perbelanjaan besar dikeluarkan untuk memastikan kesihatan penyanyi itu.
Akhbar The Sun pula melaporkan, Beyonce, 30, turut mengidam makanan pelik sepanjang peringkat kedua kehamilannya termasuk makan pisang yang dicelup dengan sos tomato dan menambah aiskrim coklat Mounds dengan sos cili.

Beyonce menjadi tajuk utama dalam Anugerah MTV Muzik Video kerana mengumumkan kehamilannya dilaporkan turut makan coklat Oreo yang diletak timun dan roti croisaint yang diletakkan coklat Daim cair, sebelum minum beberapa botol air halia.

The Sun melaporkan yang penyanyi itu kelihatan terlalu lapar selepas majlis anugerah berkenaan dan terus makan sebaik turun dari pentas. – Agensi


Paris Hilton tempah sari India

Posted: 18 Sep 2011 03:34 PM PDT

Dunia

MUMBAI: Pereka fesyen popular di Mumbai, Rocky S, berkata beliau menerima tugasan mencipta fesyen pakaian berciri India termasuk sari untuk Paris Hilton, apabila dia mengunjungi negara itu selama tiga hari mulai 24 September depan.

Beliau yang dipetik Times of India mengesahkan menemui Paris di Los Angeles awal bulan ini bagi membincangkan fesyen pakaian yang akan digayakannya sepanjang berada di India.

"Dalam perbincangan itu, Paris memberitahu saya dia mahu pakaian yang segala-galanya berciri India termasuk sari. "Saya akan mereka pakaian Paris ketika di India. Ketika di Los Angeles, Paris menjalani sesi penggambaran majalah dengan menggayakan pakaian berciri India," katanya.

Rocky berkata, Paris memaklumkan kepadanya bahawa sepanjang berada di India, dia mahu memakai pakaian wanita India. – Agensi


Tiada ulasan:

Catat Ulasan