Kosmo Online - Dunia |
Penggodam komputer tunjuk perasaan Posted: Penggodam komputer tunjuk perasaan
SAN FRANCISCO, Amerika Syarikat (AS) - Empat stesen kereta api bawah tanah di sini ditutup buat sementara kelmarin dalam satu tunjuk perasaan yang dianjurkan oleh kumpulan penggodam komputer, Anonymous berhubung kekejaman polis dan kebebasan bersuara. Sebelum ini perkhidmatan kereta api bawah tanah utama di sini menutup rangkaian telefon bimbit di beberapa stesen kereta api bawah tanah pada Khamis lalu untuk mengelakkan para penunjuk perasaan daripada menganjurkan protes berhubung tindakan polis menembak mati seorang lelaki pada bulan lalu.
"Tindakan ini adalah untuk menutup mulut orang ramai," kata seorang aktivis berusia 41 tahun, Carlos Wilson yang hadir untuk membantah kekejaman polis dan penutupan rangkaian telefon pada minggu lalu. Berpuluh-puluh penunjuk perasaan muncul di sebuah stesen kereta api semasa waktu puncak pada pagi kelmarin tetapi mereka bersurai selepas pihak berkuasa menutup stesen kereta api berkenaan. Tidak lama kemudian, tiga lagi stesen kereta api bawah tanah ditutup kerana penuh sesak dengan penunjuk perasaan. Polis berkata, tiada tangkapan dibuat setakat ini walaupun sejumlah anggota polis tiba di lokasi kejadian dengan memakai seragam dan kelengkapan antirusuhan. Anonymous merupakan kumpulan penggodam antarabangsa yang pernah menceroboh sistem komputer di kebanyakan negara di dunia termasuk Malaysia selain beberapa agensi kewangan utama seperti PayPal, MasterCard dan Visa.- Reuters Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. | |||
Posted: Israel serang Gaza
BANDAR GAZA - Seorang penduduk Palestin maut dan tujuh lagi cedera dalam satu serangan tentera udara Israel di Genting Gaza, kata beberapa kakitangan perubatan Palestin semalam. Tentera Israel menyatakan, pesawat-pesawatnya menjadikan empat kawasan di Genting Gaza sebagai sasaran bagi membalas serangan roket dari wilayah Palestin. Jurucakap sebuah agensi perkhidmatan kecemasan yang dikendalikan pergerakan Hamas, Adham Abu Selmiya berkata, serangan itu menyebabkan seorang penduduk Palestin maut dan tujuh lagi cedera. "Kami mengetahui kematian syahid Musa Shtawe akibat kecederaan selepas serangan di timur Bandar Gaza," katanya. Tentera Israel tidak menyatakan secara terperinci lokasi sasaran serangan itu. Namun, sumber-sumber Palestin menyatakan mereka mendapati terdapat lima serangan udara di Gaza. Tiga daripada serangan itu mengenai sasaran di Bandar Gaza termasuk di kawasan penduduk Zeitun, kata mereka. Di selatan, dua lagi serangan dilancarkan di timur Khan Yunis dan di sebuah terowong bawah tanah di sempadan Mesir dekat Rafah. "Serangan di Rafah menyebabkan tiga orang cedera termasuk seorang kanak-kanak," kata Adham. - Agensi Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. | |||
Susilo pertahan reputasi toleransi agama Posted: Susilo pertahan reputasi toleransi agamaJAKARTA - Presiden Susilo Bambang Yudhoyono semalam mempertahankan reputasi kepelbagaian agama di Indonesia selepas pentadbirannya dikritik kerana gagal menangani jenayah kebencian agama. Dalam ucapan sempena Hari Kemerdekaan Indonesia, Susilo berkata, keharmonian beragama di negara berpenduduk majoriti Islam itu kini berdepan pelbagai ancaman. Beliau bagaimanapun tidak menawarkan sebarang jaminan kepada golongan minoriti yang kerap menjadi mangsa serangan ekstremis agama sejak beberapa bulan lalu. "Walaupun timbul cabaran dan ancaman terhadap kepelbagaian agama, toleransi serta keharmonian sosial, kita tidak boleh berganjak daripada kepercayaan kita bahawa Indonesia adalah sebuah negara yang mampu untuk hidup dalam kepelbagaian agama," katanya dalam ucapannya itu. Ucapan beliau disampaikan selepas beberapa kumpulan hak asasi manusia berang berhubung hukuman ringan yang dijatuhkan ke atas beberapa penduduk yang membunuh tiga pengikut mazhab minoriti pada Februari lalu. Sebuah mahkamah memenjarakan 12 pengikut mazhab Sunah masing-masing di antara tiga hingga enam bulan walaupun mereka menyerang dengan ganas beberapa pengikut mazhab Ahmadiyah di depan polis. Mahkamah sama kelmarin memenjarakan seorang mangsa pengikut Ahmadiyah yang selamat dalam serangan itu selama enam bulan kerana mempertahankan dirinya dan rakan-rakannya. Keputusan mahkamah berkenaan yang dilihat berat sebelah dikritik oleh Amerika Syarikat- AFP Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan