Berita Harian: Dunia |
Bashar, Gaddafi semakin agresif Posted: 16 Aug 2011 03:56 PM PDT Dunia SEORANG wanita memakai kain keffiyeh menggunakan telefon bimbit untuk merakam bantahan anti-Syria di Beirut. BEIRUT: Presiden Syria, Bashar al-Assad dan pemimpin Libya, Muammar Gaddafi dianggap semakin terdesak selepas mengarahkan pasukan bersenjata masing-masing meningkatkan kekerasan terhadap penentang. Laporan dari Damsyik menyatakan, angka kematian meningkat kepada 35 orang selepas tentera Syria membedil kota Latakia buat hari ke-4, semalam. Bashar memperhebat serangan bagi menghapuskan penentangan terhadapnya sejak lima bulan lalu mulai awal Ramadan menggunakan kereta kebal, tentera darat dan penembak curi, meskipun dikutuk dunia luar.Bashar melancarkan operasi tentera di kubu penentang termasuk Hama, bandar Deir el-Zour di timur dan bandar tengah, Homs serta terbaru bandar pelabuhan Latakia. Kebanyakan serangan disasarkan ke kawasan miskin al-Ramel, al-Shaab dan Ein Tamra. Al-Ramel menempatkan khemah pelarian Palestin selain penduduk bergaji rendah Syria. Ia menyebabkan 5,000 warga Palestin lari meninggalkan tempat tinggal mereka, kata agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Di Benghazi, penyokong Gaddafi melancarkan peluru berpandu Scud buat kali pertama dalam perang saudara negara itu selepas gagal menyekat kemaraan pemberontak yang diiktiraf Barat. Kemaraan pemberontak menyebabkan Gaddafi semakin tertekan, dakwa pegawai pertahanan Amerika Syarikat. Pemberontak yang berusaha menamatkan pemerintahan Gaddafi selama 41 tahun, menawan dua bandar strategik dekat Tripoli membolehkan mereka memotong bekalan elektrik ke ibu negara. Peluru berpandu Scud dilancarkan awal Ahad lalu dari satu lokasi 80 kilometer ke timur Sirte, kampung halaman Gaddafi dan mengenai bandar pelabuhan Brega.
Pelancaran peluru berpandu Scud itu dianggap tidak membahayakan kerana ia tidak tepat dan menunjukkan Gaddafi semakin terdesak, kata Shashank Joshi, Felo Bersekutu di Institut Diraja Royal United di Britain. "Sudah terbukti bahawa ia menunjukkan keadaan rejim semakin tersepit," katanya.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
Facebook, YouTube diguna buli guru Posted: 16 Aug 2011 03:55 PM PDT Dunia LONDON: Satu pertiga guru, kebanyakannya tenaga pengajar wanita, menjadi mangsa buli online dengan 72 peratus dilakukan pelajar tetapi lebih 25 peratus penderaan diilhamkan oleh ibu bapa, menurut tinjauan Universiti Plymouth.Banyak kes buli itu menggunakan laman web sosial dan kajian mendapati ramai mewujudkan kumpulan Facebook khas untuk mendera guru. Dalam sesetengah kes, pelajar mengirim gambar guru ke laman web YouTube manakala yang lain meletakkan komen pedas di laman web ratemyteacher.com. Secara keseluruhan, 35 peratus guru yang disoal berkata mereka menjadi mangsa buli online dan daripada jumlah itu, 60 peratus daripadanya wanita. Lebih mengejutkan, 26 peratus kaki buli adalah ibu bapa."Ibu bapa yang membuli secara online ialah sesuatu yang tidak pernah kita temui.
Kes pelajar menjadi mangsa buli online diketahui ramai tetapi isu guru menjadi mangsa kurang disedari. – Agensi Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan