Kosmo Online - Dunia |
- 22 komando AS maut di Afghanistan
- Huru-hara di utara London
- Kapal tangki berlanggar dengan kapal layar
22 komando AS maut di Afghanistan Posted: 22 komando AS maut di AfghanistanGAMBAR fail menunjukkan sebuah helikopter Chinook di sebuah pangkalantentera di daerah Arghandab, Afghanistan. KABUL - Para pemberontak menembak jatuh sebuah helikopter tentera dalam satu pertempuran di timur Afghanistan menyebabkan 30 rakyat Amerika Syarikat (AS) mati, kata beberapa pegawai AS kelmarin. Kebanyakan yang mati itu ialah anggota komando Tentera Laut AS iaitu unit SEAL. SEAL merupakan unit komando elit yang bertanggungjawab melakukan serbuan ke atas persembunyian Ketua Al-Qaeda, Osama bin Laden yang mati ditembak pada awal tahun ini. Seramai 22 anggota komando SEAL itu terbunuh dalam nahas helikopter tersebut. Namun, mereka tidak terlibat dalam operasi membunuh Osama pada Mei lalu. Bangkai helikopter itu bertaburan di lokasi kejadian, kata seorang jurucakap Taliban. Seorang pegawai kanan pentadbiran AS di Washington menyatakan helikopter berkenaan telah ditembak. Presiden AS, Barack Obama menyatakan kematian anggota-anggota itu merupakan peringatan mengenai pengorbanan yang dilakukan oleh lelaki dan wanita yang berkhidmat dalam ketenteraan. Turut terbunuh dalam nahas itu ialah tujuh anggota komando Afghanistan. Helikopter Chinook itu terhempas di wilayah Maidan Wardak pada malam Jumaat lalu. - Agensi Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. | ||
Posted: Huru-hara di utara LondonBEBERAPA anggota polis pencegah rusuhan melihat sebuah bangunan dibakar di Tottenham, utara London semalam. LONDON - Polis berusaha untuk memulihkan ketenteraman di bandar raya ini semalam selepas para perusuh mengamuk di utara London dengan membakar beberapa kenderaan dan bangunan. Para perusuh itu mengamuk selepas seorang lelaki ditembak mati oleh polis. Seramai lapan anggota polis cedera dalam kejadian yang berlaku itu. Salah seorang anggota polis itu cedera di kepala. Rusuhan itu bermula di Tottenham sebelum matahari terbenam. Ia kemudian merebak dengan tunjuk perasaan membantah kematian seorang lelaki berusia 29 tahun yang mati semasa polis melepaskan tembakan. Tunjuk perasaan itu bermula dengan aman di luar sebuah pejabat polis di Tottenham sebelum dua buah kereta polis dibakar dengan bom petrol. Sebuah bas dua tingkat juga dibakar semasa keganasan berkenaan merebak. Situasi kemudian dilihat gagal dikawal semasa ratusan orang mengamuk, membakar kedai dan beberapa buah kenderaan. Terdapat kebimbangan bahawa kekacauan itu berlaku ekoran mesej hasutan di dalam media sosial. Bagaimanapun, menjelang subuh semalam, polis menyatakan situasi tenang berlaku di Tottenham. Tiada sebarang tangkapan dilaporkan. "Berlaku insiden yang membimbangkan untuk penduduk London," kata seorang pegawai polis, Stephen Watson. - AFP Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. | ||
Kapal tangki berlanggar dengan kapal layar Posted: Kapal tangki berlanggar dengan kapal layar
ISLE OF WIGHT - Sebuah kapal layar dilanggar sebuah kapal tangki minyak dalam satu perlumbaan kapal layar di sini kelmarin, lapor sebuah akhbar semalam. Ratusan orang melihat perlanggaran itu yang melibatkan kapal layar seberat 124,000 tan. Dua orang dari kapal layar itu tercampak ke dalam laut akibat perlanggaran tersebut. Kedua-dua orang itu diselamatkan oleh sebuah bot penyelamat dari Southampton. Seorang anggota pelayaran itu dibawa ke sebuah hospital kerana mengalami kecederaan di kepala. Para penyiasat kemalangan laut telah diberitahu mengenai kejadian itu. Layar kapal layar itu tersangkut pada sauh kapal tangki tersebut. Kapal tangki dari Norway itu dalam perjalanan ke sebuah pusat penapisan minyak di Fawley.- Agensi Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan