Isnin, 8 Ogos 2011

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Tottenham dilanda rusuhan: 26 cedera

Posted: 07 Aug 2011 09:34 AM PDT

LONDON: Seramai 26 polis cedera semalam dalam rusuhan yang tercetus dua hari selepas seorang lelaki ditembak mati pihak berkuasa.

Menurut Scotland Yard, sekurang-kurangnya seorang anggota polis mengalami kecederaan kepala selepas penunjuk perasaan bertempur dengan pasukan keselamatan di Tottenham, utara London.


Kenyataan agensi keselamatan itu berkata, masih berlaku beberapa keganasan sesekali di kawasan Tottenham membabitkan sejumlah kecil perusuh.

Pegawai kanan Scotland Yard, Adrian Hanstock, berkata polis kini mengambil langkah perlu bagi menangani keadaan itu.


"Kejadian malam semalam (kelmarin) sama sekali tidak dapat diterima. "Tingkah laku penjenayah terbabit meletakkan anggota polis, bomba dan orang awam berdepan risiko besar," katanya.


Kelmarin, seorang "gengster", Mark Duggan, ditembak mati selepas kenderaannya diekori polis di Tottenham dalam operasi penyamaran pihak berkuasa.

Duggan, 29, didakwa melepaskan tembakan ke arah skuad elit Scotland Yard, CO19, sebelum pihak berkuasa membalas tembakan berkenaan beberapa detik kemudian.


Suspek mati di tempat kejadian, manakala seorang polis yang terbabit dalam kejadian itu cedera, tetapi dibenarkan pulang selepas mendapatkan rawatan di hospital.

Hanstock berkata, polis kesal dengan kematian Duggan dan kes berkenaan kini disiasat badan bebas.


"Memang tragik apabila seseorang terbunuh, tetapi ia tidak memberikan kumpulan penjenayah yang minoriti hak untuk merosakkan kehidupan masyarakat setempat," katanya.


Kata Hanstock, pada peringkat awal, tiada sebarang tanda menunjukkan protes itu akan merebak, tetapi polis percaya ada pihak tertentu yang tidak berkaitan mengambil kesempatan mencetuskan huru-hara dan menyerang pihak berkuasa.


"Polis percaya apa yang berlaku ini tidak dikehendaki orang ramai," katanya.


Sehingga malam tadi, 42 orang ditahan berhubung insiden itu.


Setiausaha Dalam Negara, Theresa May, berkata pihak berkuasa tidak boleh bertolak-ansur terhadap tindakan mengancam keselamatan orang awam.


"Saya memberikan sokongan penuh kepada pasukan polis yang mengawal keadaan di situ," katanya.


Datuk Bandar London, Boris Johnson, berkata dia terkejut melihat kesan rusuhan di Tottenham.


"Polis memberi jaminan akan melakukan apa yang termampu bagi memulihkan semula keadaan di bandar itu," katanya.


Lebih 100 anggota keselamatan dan polis antirusuhan ditugaskan menghadapi lebih 500 perusuh yang didakwa mahu menuntut pembelaan atas kematian Duggan itu. - DM

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Melucah dalam kokpit

Posted: 07 Aug 2011 09:29 AM PDT

HONG KONG: Syarikat penerbangan Cathay Pacific semalam berkata, mereka menjalankan "siasatan penuh" ke atas penyebaran sejumlah gambar didakwa menunjukkan seorang kru melakukan seks oral terhadap juruterbang di udara.

Jurucakap Cathay Pacific berkata, setakat ini syarikat penerbangan Hong Kong itu mendapati ada kemungkinan pramugari yang dipaparkan dalam gambar berkenaan adalah kru kabin mereka.


"Siasatan masih diteruskan dan kami tiada sebarang komen lanjut setakat ini," katanya.

Kenyataan itu dibuat selepas beberapa media tempatan menyiarkan beberapa gambar menunjukkan seorang wanita berpakaian merah seperti seragam Cathay Pacific melakukan seks oral ke atas seorang lelaki.


Lelaki terbabit didakwa juruterbang syarikat berkenaan, tetapi melalui gambar itu, dia kelihatan tidak memakai pakaian seragam juruterbang.


Jurucakap Cathay Pacific berkata, tiada bukti menunjukkan aksi lucah itu berlaku dalam penerbangan.

"Kami juga mendapati tiada sebab untuk percaya bahawa aspek keselamatan diabaikan ketika itu," katanya.


Dalam komen berasingan kepada akhbar South China Morning Post, seorang jurucakap Cathay Pacific berkata, satu daripada gambar berkenaan diambil dalam ruang kokpit pesawat mereka.

"Tidak dapat dipastikan sama ada ia berlaku ketika pesawat di udara atau bukan," katanya. Laporan menyatakan, gambar itu didakwa tersebar luas di ruangan forum Internet untuk juruterbang.


Sumber berkata, individu yang dirakam dalam aksi lucah itu sebenarnya pasangan kekasih.


Akhbar Apple Daily pula melaporkan, juruterbang itu- seorang warga asing - mengemukakan saman kepada akhbar dengan mendakwa gambar berkenaan dicuri dari komputer peribadinya.


Dia juga mendakwa membuat laporan polis mengenai kejadian berkenaan. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan