Berita Harian: Dunia |
Sisa makanan meningkat ketika Ramadan Posted: 16 Aug 2011 03:24 PM PDT Dunia Lebih 2,000 tan lebihan dibuang di Dubai sepanjang bulan muliaDUBAI: Sisa makanan meningkat 20 peratus ketika Ramadan di Dubai dengan 1,850 tan lebihan dibuang pada bulan suci kali ini. Membazirkan nikmat Allah tidak sesuai dengan prinsip kesederhanaan Islam lebih-lebih lagi majlis berbuka puasa diadakan di tempat mewah mengenakan caj yang mahal, kata ulama. Dubai berubah sejak 50 tahun lalu kepada satu hub perniagaan dan pelancongan serantau terkenal dengan projek hartanah luar biasa, kehidupan dan majlis mewah di hotel dan restoran bagi memenuhi permintaan pelanggan kaya yang mahu makanan segar terbaik ketika majlis berbuka secara besar-besaran.Emiriah Arab Bersatu (UAE) terkenal kerana memiliki menara tertinggi dunia, pulau buatan manusia dengan bentuk pokok palma yang boleh dilihat dari angkasa lepas dan hotel mewah termasuk Burj Al Arab, kebanyakannya menawarkan majlis berbuka kepada sesiapa yang mampu. Majlis berbuka di tempat mewah sering kali mahal dengan sesetengah mengenakan bayaran 200 dirham (RM162.42) seorang. "Mereka melihat Ramadan sebagai satu kemungkinan untuk tidak meneguk arak dan ekonomi agak perlahan buat beberapa ketika," kata pengulas hal ehwal semasa di UAE, Mishaal Al-Gergawi.
Kadar makanan yang dibuang di UAE meningkat ketara pada bulan suci, sehingga 20 peratus menurut Perbandaran Dubai, dengan kebanyakan sisa terdiri daripada nasi dan makanan bukan sayuran. Di Abu Dhabi, ibu kota UAE, sekurang-kurangnya 500 tan makanan dibuang setiap hari ketika bulan Ramadan, kata akhbar National. "Panas dan sejuk, semua makanan yang disediakan dalam hidangan bufet dibuang," kata seorang pelayan di sebuah hotel lima bintang di sini. – Agensi Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
Bukan Muslim teruja sambut bulan puasa Posted: 16 Aug 2011 03:23 PM PDT Dunia JEDDAH: Ramadan adalah bulan istimewa bukan saja bagi umat Islam yang berpuasa dan menyambutnya tetapi juga penduduk bukan Islam di sini.Raju Phillips, seorang ekspatriat bukan Islam yang bekerja di sebuah syarikat pembinaan berkata, beliau akan membaca terjemahan bahasa Inggeris kitab al-Quran. "Ia peluang baik untuk belajar mengenai Islam kerana masa rehat lebih lama ekoran perubahan masa bekerja ketika Ramadan," katanya. Perunding pendidikan khas, K R Jayachandran, berkata ketika Ramadan beliau mendengar ceramah agama di televisyen."Ramai penceramah agama dalam televisyen ketika Ramadan. Saya menontonnya selepas solat Maghrib," katanya. Mubeen Pervas berkata, dia menjemput rakan bukan Islam ke parti berbuka kerana mahu berkongsi kegembiraan dan membantu mereka memahami Islam. "Banyak salah faham mengenai Islam. Saya cuba jelaskan apabila mengadakan parti berbuka dengan menjemput rakan bukan Islam berkongsi kegembiraan," kata Pervas. – Agensi Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan