Sabtu, 23 Julai 2011

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Gaga warisi perangai bapa

Posted: 22 Jul 2011 09:08 AM PDT

HOLLYWOOD: Penyanyi Lady Gaga mendedahkan dia mewarisi perangai liar daripada bapanya.

Bintang pelik Amerika itu yakin perangainya yang liar itu diwarisi daripada bapanya, Joe, yang gemar berfoya-foya dengan wanita di luar dan mengupah penari bogel supaya mengajar anaknya bermain piano.


Gaga, 25, turut mendedahkan dia sudah mengatasi ketagihan kokain tetapi masih menghisap ganja.

Gaga berkata tentang bapanya: "Ayah mengadakan hubungan seks dengan sekumpulan wanita di bawah titian kayu di New Jersey sebelum dia pergi menonton konsert Bruce Springsteen.


"Ayah nampak banyak perangainya dalam diri saya. Guru piano saya yang pertama adalah penari bogel. Saya selalu berkata kepada guru itu, 'mengapa cikgu berkuku panjang?' Dia hanya menjawab, 'Satu hari nanti kamu akan faham mengapa."


Penyanyi itu - yang memakai pakaian getah - bercakap tanpa berselindung kepada penyampai radio Amerika, Howard Stern.

Dikenali dengan cara berpakaian yang luar biasa, Gaga berkata kepada Stern: "Saya tidak suka pakai seluar panjang. Saya bersetuju sepenuhnya wanita tidak patut memakai seluar panjang. Ia berbahaya kepada kesihatan."


Bintang yang celupar itu turut bermegah yang dia mengadakan hubungan seks hanya beberapa jam sebelum wawancara itu.

Dia memberitahu Stern: "Saya melakukan seks malam tadi..." Gaga yang dimahkotakan sebagai artis paling berkuasa awal tahun ini, meninggalkan kolej selepas setahun pengajian dan mendakwa dia memang teruk di sekolah dan menjalin hubungan dengan wanita lain.


Penyanyi kelahiran New York itu berkata: "Di sekolah, saya tidak tahu siapa diri saya."


Bagaimanapun, dia menekankan dia dibesarkan dengan tegas ketika remaja - mendedahkan bahawa bapanya yang memaksa dia berhenti mengambil dadah kelas A.


Gaga berkata: "Sudah pasti saya ketagih kokain. Saya berhenti mengambilnya kerana bapa membelasah saya.


"Saya tidak menghisap dadah bersama orang lain. Saya melakukannya sendirian. Namun, saya menyesali apa yang saya lakukan."


Penyanyi itu mengaku dia masih menghisap marijuana, menekankan dia ingin bersikap jujur dengan peminatnya.


"Saya tidak selalu menghisapnya - dan saya bercakap benar mengenainya," katanya.


"Saya tidak menghormati artis yang tidak jujur mengenai apa yang mereka lakukan."


Detik paling sedih dalam kehidupan Gaga adalah enam bulan lalu apabila dia kehilangan datuknya yang juga bernama Joseph.


Gaga berkata: "Datuk saya sakit dan saya sangat kecewa.


"Hanya dua kali dia bergerak iaitu ketika meramas tangan saya dan tangan nenek." Gaga menulis lagu The Edge Of Glory selepas dia pulang dari menziarahi datuknya di hospital. - TS

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Monyet seperti makhluk asing

Posted: 22 Jul 2011 09:02 AM PDT

GEZHAI (China): Monyet ini mencetuskan ketakutan di kalangan penduduk sebuah kampung di China kerana menyangka ia makhluk dari dunia lain.

Penduduk cemas apabila Mao Xiping, suri rumah dari Kampung Gezhai di wilayah Henan, tengah China, menemui monyet ini mencuri timun dari fletnya.


Dia menyangka ia arnab sehinggalah menyedari ia mempunyai 'wajah makhluk asing' dan jirannya bersetuju ia sesuatu yang tidak pernah mereka lihat sebelum ini.

Mao yang terkejut menelefon polis untuk mendapatkan bantuan. Mereka bagaimanapun menyangka dia bergurau sehingga wanita itu memerangkap haiwan berkenaan dan membawanya ke balai polis serta mendesak polis menahannya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan