Berita Harian: Dunia |
Posted: 22 Jul 2011 05:27 PM PDT Dunia MANGSA menerima rawatan di luar bangunan kerajaan di pusat bandar Oslo, semalam berikutan letupan yang turut merosakkan bangunan pejabat Perdana Menteri. OSLO: Letupan bom yang kuat menggegarkan beberapa bangunan kerajaan termasuk pejabat Perdana Menteri di bahagian tengah ibu kota Norway semalam menyebabkan sekurang-kurangnya dua terbunuh dan 15 lagi cedera. Serangan itu disifatkan sebagai yang terburuk melanda Oslo yang lebih biasa disebut sebagai tempat anugerah Nobel Keamanan. Perdana Menteri Norway, Jens Stoltenberg terselamat kerana bertugas dari rumah, kata penasihat kanan kerajaan, Oivind Ostang.Lokasi tempat bom meletup penuh dengan besi bengkok dan serpihan kaca selain kertas dokumen dari pejabat beberapa bangunan sekitarnya menempatkan pejabat kerajaan dan ibu pejabat beberapa akhbar utama negara itu termasuk tabloid terbesar, Verdens Gang (VG). Banyak tingkap pecah di bangunan setinggi 20 tingkat yang menjadi pejabat Perdana Menteri dan menteri lain. Polis berkata, kejadian disebabkan satu atau beberapa butir bom tetapi enggan membuat spekulasi dalang serangan. Anggota keselamatan kemudian menutup laluan ke kawasan masuk pejabat berdekatan termasuk stesen televisyen TV 2 selepas menemui satu bungkusan mencurigakan.
Seorang wartawan yang kebetulan berada di pejabat agensi berita NTB Norway memberitahu, bangunan itu bergegar selepas letupan kuat berlaku dan pekerjanya dipindahkan selepas loceng kecemasan berbunyi. Di tengah jalan, dia nampak seorang mangsa berlumuran darah di kaki dibawa keluar dari situ. Stesen televisyen kerajaan NRK menyiarkan gambar sebuah kereta rentung. – AP Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
Posted: 22 Jul 2011 05:26 PM PDT Dunia PENYOKONG Gaddafi menunjukkan tulisan yang menyatakan sokongannya terhadap pemimpin Libya itu. TRIPOLI: Pemimpin Libya, Muammar Gaddafi menolak sebarang kemungkinan mengadakan rundingan dengan pemberontak yang berjuang untuk menamatkan pemerintahan beliau dan menyatakan keyakinannya bahawa rejim sekarang akan terus berkuasa. Beliau berkata demikian dalam ucapan disiarkan televisyen tempatan lewat kelmarin, ketika pemberontak mengumumkan pejuang mereka sudah menyusup masuk ke Tripoli. Gaddafi berkata, kempen sejak lima bulan lalu yang dilancarkan pemberontak tidak akan berjaya."Perang ini sudah dimenangi rakyat Libya. Mereka tidak boleh menewaskan kita, mereka akan ditewaskan dan akan pulang dengan tangan kosong," kata Gaddafi.
Dalam ucapan berasingan, Gaddafi menggesa pemimpin puak di Misrata bandar ketiga terbesar Libya yang dikuasai pemberontak agar membebaskan bandar itu.
Di hospital bandar itu, berpuluh-puluh penduduk menerima rawatan akibat kecederaan yang dikatakan berpunca dari serangan udara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO). NATO berkata pesawat pejuangnya membedil 11 sasaran di Zliten, termasuk pelancar misil darat ke udara dan kereta kebal. Pemberontak berkata pasukannya sudah masuk ibu negara Libya dan akan melancarkan serangan terhadap sasaran kerajaan. "Ia membabitkan pasukan kecil tetapi mereka adalah pejuang terlatih yang menerima latihan di Benghazi," kata ketua tentera pemberontak Fawzi Bukatif. – AFP Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan