Rabu, 1 Jun 2011

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Peserta ratu cantik Ukraine mati direjam

Posted: 31 May 2011 09:03 AM PDT

SIMFEROPOL (Ukraine): Seorang remaja perempuan dilaporkan direjam hingga mati mengikut undang-undang syariah selepas dia mengambil bahagian dalam pertandingan ratu cantik di Ukraine.

Media melaporkan, mayat Katya Koren, 19, ditemui di sebuah kampung tidak jauh dari rumahnya di wilayah autonomi Crimea.


Rakan Kayta berkata, remaja itu memang gemar mengenakan pakaian mengikut fesyen semasa dan menyertai pertandingan ratu cantik berkenaan baru-baru ini.

Kata mereka, Katya mendapat tempat ketujuh dalam pertandingan itu.


Media melaporkan, mayat remaja itu yang cedera teruk ditemui ditinggalkan dalam kawasan hutan.


Mayat itu ditemui seminggu selepas Katya dilaporkan hilang.

Media melaporkan, polis kini memulakan siasatan terhadap kes pembunuhan itu dan sedang menyiasat tiga pemuda Islam yang dikaitkan dengan kejadian berkenaan.


Sumber berkata, pemuda terbabit menganggap kematian Katya itu dibenarkan mengikut hukum Islam.

Katanya, seorang daripada suspek dikenali sebagai Bihal Gaziev, 16, menganggap Katya melanggar undang-undang syariah.


"Bihal berkata, dia tidak kesal merejam Katya hingga mati," katanya. - DM

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Makin ramai pasangan bercerai kerana permainan video

Posted: 31 May 2011 09:01 AM PDT

LONDON: Semakin banyak rumah tangga berantakan gara-gara ketagihan bermain video, kata agensi pengurusan perceraian Internet, Divorce Online, semalam.

Kajian menunjukkan, bilangan wanita memfailkan perceraian dengan alasan suami mereka menghabiskan masa terlalu lama bermain video terus meningkat.


Daripada keseluruhan wanita yang menyatakan suami masing-masing berperangai tidak wajar, 15 peratus percaya pasangan mereka lebih mementingkan permainan video daripada isteri.

Jumlah itu jauh lebih tinggi berbanding lima peratus tahun lalu.


Secara khusus, wanita menyalahkan permainan World of Warcraft yang membenarkan pemain mencipta watak fantasi sendiri bagi menjalani pengembaraan di dalamnya.


Permainan kedua yang paling banyak dipersalahkan ialah Call Of Duty. Seorang daripada wanita terbabit mendakwa, suaminya bermain World of Warcraft sehingga masa lapan jam sehari.

"Apabila semakin serius, saya cuba menasihatinya tetapi gagal. "Dia hanya menyedari perbuatannya membawa mudarat apabila saya mahu bercerai daripadanya," katanya. - DM

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan