Sabtu, 21 Mei 2011

Utusan Online - Luar Negara

Utusan Online - Luar Negara


Aceh sebat 14 main nombor ekor

Posted:

Aceh sebat 14 main nombor ekor

Aceh sebat 14 main nombor ekor

ACEH 21 Mei - Seramai 14 orang yang didapati melanggar peraturan ketat Islam di wilayah Aceh kerana berjudi disebat di khalayak ramai di Langsa, Aceh Timur, kelmarin.

Ketua jabatan jenayah umum di Pejabat Pendakwa Raya Langsa, Irvon berkata, setiap seorang pesalah itu disebat sebanyak enam kali di dataran Masjid Darul Falah.

Mengikut kanun 2003 atau undang-undang kecil Islam, kesalahan berjudi membawa hukuman maksimum 12 sebatan dan minimum satu sebatan.

Irvon berkata, kesemua pesalah ditahan oleh polis dari pelbagai kawasan di daerah ini kerana bermain nombor ekor.

Menurutnya, pada 12 Mei lalu, sekurang-kurangnya tujuh orang yang melanggar larangan berjudi turut disebat sebanyak 12 kali.

Kes lain termasuklah empat pegawai awam dari Aceh Besar yang ditahan pada Januari lalu kerana berjudi, tetapi pelaksanaan hukuman ditangguhkan kerana menunggu keputusan rayuan di Mahkamah Syariah wilayah.

"Walaupun keempat-empat pegawai itu telah didapati bersalah, tetapi pelaksanaan hukuman mereka ditangguhkan sementara menunggu proses rayuan," kata Irvon kepada Jakarta Globe.

Undang-Undang Syariah buat pertama kalinya dilaksanakan di Aceh pada Ogos 2003 selepas wilayah ini memperolehi pemerintahan autonomi sebagai sebahagian daripada perjanjian mengurangkan konflik pejuang pemisah.

Ia bagaimanapun mendapat kritikan kerana dikatakan menyasarkan golongan wanita dan kumpulan minoriti. - AGENSI

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Gambar Beatles dilelong

Posted:

Gambar Beatles dilelong

Gambar Beatles dilelong

NEW YORK 21 Mei - Sebanyak 50 keping gambar The Beatles yang belum pernah didedahkan kepada umum ketika kumpulan itu mengadakan konsert pertama mereka di Amerika Syarikat (AS) akan dilelong Julai ini.

Menurut firma lelongan Christie's semalam, gambar-gambar yang diambil oleh seorang remaja pada tahun 1964 itu dijangka akan dijual sehingga mencecah harga kira-kira AS$100,000 (RM301,000).

Gambar hitam putih yang disimpan selama 45 tahun di dalam kotak itu yang memaparkan peristiwa kemunculan The Beatles di Washington, D.C. dan Baltimore akan dijual kepada individu pada majlis lelongan 20 Julai ini di New York.

Konsert pertama Beatles di AS diadakan di Washington Coliseum pada 11 Februari 1964, dua hari selepas kemunculan sulung mereka di The Ed Sullivan Show.

Seorang remaja dari Washington, Mike Mitchell yang ketika itu berusia 18 tahun dan berada di Union Station semasa Beatles tiba di tempat itu telah merakamkan suasana yang diselubungi dengan pekikan peminat.

Mitchell yang kini masih bekerja sebagai jurugambar turut mengambil gambar ketika sidang akhbar pra-konsert dan sepanjang konsert yang diadakan di Coliseum.

Beberapa bulan selepas itu dia turut mengambil gambar ketika Beatles mengadakan konsert di Baltimore Civic Center.

"Gambar yang diambil oleh Mitchell sangat luar biasa. Kemampuannya untuk merakamkan emosi, pemikiran dan reaksi orang ramai amat mengkagumkan," kata pengarah koleksi ikonik Christie's, Cathy Elkies.

Gambar itu akan dipamerkan kepada orang ramai pada Jun ini di Hotel Christie's and Grosvernor House di London diikuti pameran dan jualan di New York pada bulan Julai. - REUTERS

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan