Harian Metro: Global |
Tangan Arnie ‘panjang’ Posted: 20 May 2011 11:46 AM PDT JADI BAHAN KETAWA...akhbar menggambarkan Schwarzenegger memiliki banyak tangan kerana tabiatnya gemar meraba wanita. NEW YORK: Arnold Schwarzenegger pernah digelar sebagai "Si Tangan Panjang" oleh amah bekas Gabenor California itu kerana kebuasannya menyentuh pekerja wanita di rumah. Menurut seorang rakan amah itu, Nora Montes, hero filem Terminator itu memang gemar memegang punggung wanita yang bekerja dengannya.
Nora berkata, dia terkejut apabila Mildred tiba-tiba mendedahkan Schwarzenegger pernah menyentuh serta meramas punggung pembantu rumahnya.
Turut pernah menjadi mangsa tangan liar Schwarzenegger ialah penyampai televisyen dan model Britain, Melanie Sykes.
Kata Nora, Mildred menganggap Schwarzenegger sangat istimewa dan kelahiran anak lelaki mereka adalah buktinya.
|
Syarikat insurans hadiah pelacur kepada pekerja cemerlang Posted: 20 May 2011 10:35 AM PDT BUDAPEST: Sebuah firma insurans utama menghargai kakitangannya yang cemerlang dengan menghadiahkan mereka pelacur, lapor media semalam. Menurut laporan akhbar, syarikat Munich Re melanggan 20 pelacur untuk menghiburkan kira-kira 100 jurujualnya yang mencatat kejayaan terbaik.
Media melaporkan, pelacur terbabit turut memakai gelang tangan berwarna sebagai kod bagi menyatakan sama ada mereka boleh dilanggan atau tidak dalam parti pada 2007 itu.
"Bagi ahli lembaga pengarah dan jurujual terbaik, mereka disediakan pelacur khas," katanya. - TS Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan